WhatsApp Mungkin Menggunakan Khidmat Pengulas Palsu

WhatsApp mungkin menggunakan khidmat pengulas palsu untuk menaikkan 'rating' aplikasi mereka. Jika dilihat pada purata 'rating' mereka di Apps Store dari 22 Januari hingga 21 Mac, purata berada di 3.4. Bermula pada 24 Mac, purata 'rating' meningkat kepada 4.4, kenaikan 1 mata. Walau bagaimanapun, kebanyakkan pengulas yang memberikan 5 bintang membicarakan pasal 'games'. Huh? Sesetengah mengulas tentang permainan yang baik dan grafik yang hebat, sesuatu yang pelik untuk aplikasi WhatsApp. Sejak bila boleh main 'game' dekat WhatsApp? WhatsApp pula menafikan keterlibatan mereka dalam hal ini.

Penuruan purata 'rating' WhatsApp dari tempoh Januari 22 ke 21 Mac mungkin disebabkan oleh 2 faktor. Pertama mungkin kerana fungsi seakan-akan Snapchat. Dengan fungsi ini, pengguna boleh menyertakan gambar, video dan GIF sebagai status. Yang kedua pula disebabkan bug sekuriti yang mungkin menjejaskan privasi pengguna WhatsApp. Bug ini boleh menyebabkan pemintasan data oleh Facebook atau badan perisikan kerajaan.

Penggunaan pengulas palsu pula bukanlah sesuatu yang baru. Google Play Store dan Apple App Store telah menjadi subjek pengulas palsu untuk beberapa ketika. Dalam satu situasi, pengulas palsu mengenakan caj sehingga 1$ untuk satu ulasan, harga yang tidak murah. Di Indian Play Store, aplikasi yang menyediakan pampasan untuk muat turun dan 'installation' adalah tertakluk kepada ulasan palsu atau 'spam'. Kadangkala, akaun palsu menggunakan gambar orang lain tanpa kebenaran dan mengisi laman aplikasi dengan 'spam'. Ini mengakibatkan untuk pengguna mencari maklumat sehingga mereka terpaksa untuk 'scroll' ke bawah untuk mencari ulasan yang asli. Google telah mengumumkan rancangan membanteras isu ini dengan memasukkan algoritma baru ke dalam store applikasi mereka.

Sumber

 

Berkaitan