Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Suka Hatinya Celcom Menawarkan Pelbagai Alternatif Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19. Akses Percuma?

WhatsApp Mendedahkan 6 Kecacatan Keselamatan Kritikal Yang Telah Diatasi Dalam Tahun Ini

Diterbitkan September 4, 2020 · Dikemas kini September 4, 2020 oleh ariff bukhari

WhatsApp menerusi WhatsApp Security Advisories memaklumkan bahawa mereka telah memperbetulkan 6 isu keselamatan kritikal yang terdapat pada aplikasi WhatsApp yang ditemui sepanjang tahun ini.

Menurut WhatsApp, 6 kecacatan keselamatan itu ditemui dalam pelbagai versi WhatsApp yang ditawarkan pada pengguna Android dan iPhone termasuklah versi 2.20.35 untuk Android, WhatsApp Business v2.20.20 untuk Android, WhatsApp v2.20.30 untuk iPhone dan WhatsApp Business v2.20.30 untuk iPhone.

Berikut adalah senarai penuh kecacatan keselamatan yang telah didaftarkan dalam pangkalan data Common Vulnerabilities and Exposures (CVE).:-

  • CVE-2020-1894
  • CVE-2020-1891
  • CVE-2020-1890
  • CVE-2020-1889
  • CVE-2020-1886
  • CVE-2019-11928

WhatsApp memberitahu, 1/3 daripada penemuan kecacatan itu ditemu menerusi Bug Bounty Program yang diwujudkan mereka.

Manakala selebihnya adalah menerusi sistem automasi dan semakan rutin yang dijalankan pembangun tersebut.

WhatsApp menegaskan bahawa mereka komited dalam melindungi lebih 2 juta pengguna mereka dan sentiasa menimbang dahulu sesuatu ciri dari ditawarkan kepada pengguna bagi menjamin keselamatan dan privasi.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY