Kemas kini aplikasi WhatsApp anda segera.
Kemas kini terbaru aplikasi WhatsApp yang dilepaskan pada awal pagi hari ini telah membolehkan penggunanya membiat panggilan video dan audio sehingga 8 orang.
Ia selepas hampir seminggu Facebook mengumumkannya tentang pelan kemas kini untuk aplikasi tersebut.
Cara membuat panggilan video atau audio sehingga 8 orang di WhatsApp
Untuk membuat panggilan video atau audio tersebut, anda boleh mengemas kini aplikasi WhtasApp anda terlebih dulu kepada versi 2.20.140 atau terbaru bagi pengguna peranti Android.
Manakala versi 2.20.50 atau terbaru pula adalah bagi pengguna peranti iOS.
Cara membuat panggilan video atau audio sehingga 8 orang itu pula adalah seperti berikut:-
Dari Grup
Dari grup WhatsApp, anda boleh terus memilih mana-mana ahli grup tersebut sehingga 7 orang dan mula membuat panggilan video atau audio.
Senarai orang hubungan
Atau menerusi senarai orang hubungan, anda boleh memilih nama orang hubungan yang ada di dalam aplikasi WhatsApp sehingga 7 orang untuk membuat panggilan video atau audio.
Cuma pastikan dulu, orang hubungan yang anda ingin masukkan ke dalam panggilan video atau audio 8 orang itu telah pun mengemas kini aplikasi WhatsApp mereka kepada versi terkini.
Berkaitan
- Signal Mula Meniru Ciri-Ciri Yang Ada Di WhatsApp
- Ini Cara Sembunyikan Status “typing...” Ketika Menaip Mesej Di WhatsApp
- Akhirnya WhatsApp Kini Menyokong Ciri Pembayaran Digital Untuk Pengguna Umum Dan Perniagaan Kecil
- Megafon - Bukan WhatsApp Tapi Telegram Kini Paling Popular Di Russia
- Pengguna WhatsApp Tidak Akan Lagi Boleh Berkongsi Mesej Ke Pelbagai Grup Lain
- WhatsApp Menamatkan Sokongan Terhadap Telefon Pintar Windows Serta Peranti Android dan iPhone Model Terdahulu
- WhatsApp Menambah Pilihan Tetapan Baharu Untuk Ruang Privasi Anda
- WhatsApp Menjadi Lubuk Penggodam Bagi Menyerang Pegawai Tinggi Kerajaan Di 5 Benua
- Iklan Akan Mula Dipaparkan Dalam Aplikasi WhatsApp Bermula Tahun Hadapan
- WhatsApp Perkenal Sejumlah 21 Emoji Baru