WhatsApp iOS Dapat Ciri Balasan Peribadi Bagi Perbualan Didalam Grup

Satu kemaskini baru untuk aplikasi WhatsApp telahpun dilepaskan untuk pengguna iOS.

Melalui kemaskini v2.19.11, beberapa ciri ditawarkan seperti balasan teks secara peribadi kepada pengguna lain dari perbualan dalam grup.

Cara untuk gunakan ciri ini adalah, tekan lama pada perbualan tersebut, menu Reply Privately akan keluar dan apabila ditekan, ia akan membawa anda ke ruang mesej peribadi penghantar tersebut disamping petikan mesej dari grup yang dihantar.



Selain itu, ciri lain yang boleh didapati adalah ciri meletakkan Stickers ketika suntingan video atau gambar. Satu lagi ciri adalah previu status kenalan dari tab Status menggunakan fungsi 3D Touch.