Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp suspend

WhatsApp Didakwa Menyekat Akaun Wartawan Di Gaza

Diterbitkan Mei 25, 2021 · Dikemas kini Mei 25, 2021 oleh ariff bukhari

Selepas beberapa jam berhentinya serangan balas antara tentera zionis israel dengan pejuang Palestin, para wartawan yang menyampaikan berita secara langsung dari medan perang itu iaitu Gaza mendakwa, akaun WhatsApp mereka telah disekat dari diakses.

Sekatan itu sekaligus menyukarkan penyampaian dan perkongsian maklumat dan berita antara para wartawan dengan sumber serta editor berita mereka diterima dengan pantas dan lancar.

Menurut laporan Associated Press (AP),  seramai 17 wartawan di dalam bandar Gaza mengesahkan bahawa akaun WhatsApp mereka telah disekat daripada diakses sejak Jumaat lalu.

Sekatan itu pula dibuat tanpa diberikan sebarang notifikasi awal atau sebab diberikan kerana tiada sebarang pelanggaran terma berlaku ketika menggunakan aplikasi tersebut.

Tetapi 12 daripada wartawan itu dikhabarkan cenderung melaporkan berita tentang perjuangan Hamas.

Walaubagaimanapun selepas beberapa hari kemudian, akaun yang disekat itu telah kembali aktif.

Tindakan ini mungkin sebagai antara cara pemilik WhatsApp iaitu Facebook  tidak mahu berita sebenar khususnya yang cenderung menyokong perjuangan tentera Hamas disampaikan kepada penduduk dunia.

Sumber: Al-Jazeera

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY