Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nama dalam grup ws

WhatsApp Akan Mudahkan Anda Kenali Orang Yang Tak Disimpan Dalam ‘Contact’ Selepas Ini

Diterbitkan Disember 5, 2022 ยท Dikemas kini Disember 6, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Dalam WhatsApp Beta versi 2.22.25.9 pada Android, salah satu pembaharuan diperkenal tersebut melibatkan pemaparan pengguna yang tidak disimpan dalam kenalan anda.

Pembaharuan tersebut ialah WhatsApp kini bereksperimen dengan meletakkan nama pengguna di hadapan dan diikuti nombor telefon di sebelah.

Nombor telefon di sebelah juga datang dalam font sedikit lebih kecil dan berwarna kelabu.

nama dalam grup ws
Sekarang (kiri) dan yang akan datang (kanan).

Ini berbeza dengan versi sekarang di mana WhatsApp memaparkan nombor telefon dahulu manakala nama pengguna dalam warna kelabu dengan saiz font yang lebih kecil di sebelah.

Maka, ini bermakna apabila anda dalam kumpulan WhatsApp syarikat contohnya, apabila ada kakitangan yang anda tidak simpan nombornya, anda akan tertumpu pada namanya terlebih dahulu.

Diingatkan, nama dipaparkan ini adalah nama ditetapkan pengguna itu sendiri, sama seperti sekarang.

WHATSAPP yourself_

Seandainya namanya mereka tetapkan tanda baca seperti tanda noktah “.” atau nama manja “Pendosa Insafi” atau juga akronim “MABA”, mahupun nama ciptaan sendiri seperti “dausarchuman” maka itulah yang anda akan lihat.

Untuk anda yang menggunakan nama-nama seperti contoh di atas, saya nasihatkan insafi diri. Gunalah nama sebenar anda, sekurang-kurang sepatah agar mudah untuk orang berkomunikasi selain mengekalkan rasa hormat mereka terhadap anda.

Berkaitan

  • WhatsApp Mula Benarkan Guna 1 Akaun Untuk Lebih Dari 1 Telefon Pintar
  • WhatsApp Bangunkan Ciri Keselamatan Baru Untuk Versi 'Desktop'
  • Gabungan Celcom-Digi: Ini Yang Anda Perlu Tahu Buat Masa Sekarang
  • WhatsApp Perkenal Sejumlah 21 Emoji Baru

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S โ€” Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY