Sesuai untuk telefon pintar dan komputer riba.
Di pameran Consumer Electronics Show 2020 (CES 2020) yang akan berlangsung dari 7 Januari hingga 10 Januari 2020 di Las Vegas,Western Digital menerusi jenama SanDisk akan perkenalkan storan USB terbaru kepada pengunjung.
SanDisk Ultra Dual Drive Luxe USB Type-C adalah aksesori storan USB Type-C yang sesuai digunakan bersama telefon pintar dan juga komputer riba.
Storan dengan sambungan berkembar ini (USB Type-C dan Type-A) memudahkan pengguna yang mahukan storan USB mudah alih bagi memindahkan data antara telefon pintar, tablet mahupun komputer riba.
Pengguna juga boleh mengaktifkan ciri salinan data (backup) automatik pada storan ini dengan memasang aplikasi SanDisk Memory Zone ke dalam peranti pintar Android anda.
Terdapat sebanyak 6 saiz pilihan ditawarkan SanDisk Ultra Dual Drive Luxe USB Type-C iaitu dari saiz 32GB, 64GB, 128GB, 256GB, 512GB dan 1TB. Jadi kini anda boleh menyimpan lebih banyak data di dalam satu peranti kecil.
SanDisk Ultra Dual Drive Luxe USB Type-C dijangka akan ditawarkan dalam tahun ini juga dan berharga dari USD10.99 (32GB) hingga USD249.99 (1TB).
Berkaitan
- CelcomDigi fiber Dan Oyen Bersama Melindungi Pengguna Dengan Servis Digital Trust Baharu
- INTERPOL Iktiraf Pasukan Forensik Digital CyberSecurity Malaysia
- AEON Bank Menjadi Bank Digital Islam Pertama Di Malaysia
- Malakat Mall Kini Menyokong Transaksi Pembayaran Menggunakan Emas Digital
- Kerajaan Umum PEMANGKIN, 9 Sektor Ekonomi Digital Yang Bakal Jana 49,000 Peluang Pekerjaan
- Western Digital Perlihatkan Prototaip Storan SSD Mudah Alih Berkapasiti 8TB
- Kajian Pelaksanaan ID Digital Nasional Akan Bermula Pada September Ini
- Tandatangan Digital Bakal Diaplikasikan Dalam Industri Kesihatan
- SanDisk Perkenalkan Kad SD 4TB Pertama Di Dunia, Akan Dilancar Tahun Depan
- Tiada MFi Untuk USB-C iPhone, Ini Sebabnya