Waze Kongsikan Data Trafik Perjalanan Sepanjang Hari Valentine

Bersempena Hari Valentine yang akan tiba tidak lama lagi, Waze kongsikan beberapa data sepanjang trafik perjalanan pada Hari Kekasih tersebut. Kebiasaannya pada hari tersebut, sudah tentu sepasang kekasih ingin bersantai di beberapa tempat dan meluangkan masa bersama. Berikut adalah beberapa petunjuk yang boleh membantu peniaga mencuri hati pelanggan.

Menurut sebuah kajian, perbelanjaan perjalanan melalui kapal terbang, kereta atau keretapi sekitar waktu sambutan Hari Valentine telah meningkat sebanyak 49% semenjak  2016. Sebagai sebuah perniagaan, peniaga dapat mengambil kesempatan ini dengan menawarkan pakej-pakej penerbangan atau promosi harga menaiki kenderaan awam yang dapat diambil oleh pelanggan.

search google

Menurut data dalaman Google 2019, carian berkenaan Hari Valentine melonjak lima kali ganda seminggu sebelum hari sambutan dan meningkat naik pada Hari Valentine. Tambahan lagi, 28% pembelian Hari Valentine berlaku pada 14 Februari itu sendiri. Navigasi ke kedai-kedai hadiah adalah 60% lebih tinggi berbanding hari-hari biasa. Sebagai peniaga, anda boleh merancang dan memulakan kempen-kempen dua minggu lebih awal sebagai startegi pemasaran.

Google telah mendedahkan bahawa carian umum tertinggi termasuklah barang kemas, minyak wangi, wain dan bunga. Walaupun pembelian dalam talian semakin popular, orang ramai masih memilih untuk ke kedai memandangkan mereka dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang dilakukan sendiri. Navigasi ke kedai bunga meningkat 470% sementara navigasi ke kedai barang kemas menunjukkan pertambahan 25% berbanding hari-hari biasa.

waze

Selain itu, navigasi ke lokasi makanan meningkat 35% untuk bar, 30% untuk restoran dan 25% untuk rangkaian makanan segera. Pada tahun 2019, 17.9% navigasi ketika hujung minggu Hari Valentine dilakukan ke pusat-pusat membeli-belah. Dengan pelbagai pilihan kedai, restoran dan hiburan di satu tempat yang sama, terdapat pelbagai pilihan aktiviti yang dapat dilakukan pasangan sewaktu janji temu mereka.

Perjalanan ke bank dan ATM merupakan  14.9% dari jumlah keseluruhan ketika hujung minggu Hari Valentine pada tahun lepas. Ini menunjukkan bahawa wang tunai masih kekal sebagai kaedah pembayaran penting. Pada tahun 2019 juga, sejumlah 22.7% navigasi dilakukan ke stesen minyak ketika hujung minggu Hari Valentine, menjadikannya destinasi utama antara semua. Dengan data yang dikeluarkan ini, peniaga-peniaga tidak kira luar atau dalam talian dapat mengumpul strategi pemasaran atau menawarkan beberapa tawaran kepada pelanggan.