Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
malware android

Waspada, Ribuan Fail APK Ada ‘Malware’ Mampu Lepasi Ciri Keselamatan Android

Diterbitkan Ogos 23, 2023 oleh ariff bukhari

Firma keselamatan siber yang berpangkalan di Texas, Zimperium telah menjalankan analisis terhadap ribuan aplikasi Android.

Hasil daripada analisis itu, mereka menemui sejumlah 3,300 sampel aplikasi Android menggunakan pakej fail Android (APK) dengan kaedah pemampatan yang memiliki perisian hasad yang tidak diketahui atau tidak disokong untuk mengelakkan analisis imbasan perisian hasad.

Daripada jumlah itu, sebanyak 71 sampel aplikasi berupaya dipasang ke dalam sistem operasi Android tanpa sebarang isu.

Menurut Zimperium, sehingga kini tiada satu pun daripada aplikasi yang dikesan mereka tersedia di dalam Google PlayStore. Mereka juga tidak mempunyai sebarang bukti untuk menyokong bahawa ia ada pada bila-bila masa.

Oleh sebab itu, Zimperium menyimpulkan kemungkinan kaedah pengedaran aplikasi yang mengandungi perisian hasad ini adalah melalui stor pihak ketiga atau dengan menipu pengguna atau serangan pancingan data.

Screenshot 2023-08-04 at 10.33.57
JadxGUI
Screenshot 2023-08-04 at 10.35.18
APK Tool

Penyelidik Zimperium memaklumkan, teknik menggunakan APK dengan kaedah pemampatan yang memiliki perisian hasad yang tidak diketahui atau tidak disokong seperti ini bukanlah baru.

Malah kertas kerja yang pernah diterbitkan pada tahun 2014 dahulu bertajuk, “Leaving our ZIP Undone: How to Abuse ZIP to Deliver Malware Apps” menunjukkan bagaimana cara algoritma (kaedah) pemampatan yang digunakan dalam APK boleh diganggu.

Berkaitan

  • Beli Produk Kaspersky Serendah RM70 Dan Menangi iPhone 14, Galaxy S23
  • Chrome Ada Ciri Privasi Baru, Aktifkan Sekarang
  • Harga Pelan 5G Lebih Tinggi Daripada Dijangka, Fahmi Fadzil Akan Jumpa 'Telco'

Sumber: Zimperium

(Lindungi peranti anda dengan dapatkan barisan produk Kaspersky baharu di Lazada dan Shopee sekarang)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY