Tuntutan boleh dibuat di pusat pengagihan terpilih sebelum 30 November ini.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menggalakkan warga B40 yang layak dan telah berdaftar di Sabah dan Sarawak untuk menuntut dekoder percuma myFreeview di pusat pengagihan terdekat sebelum 30 November ini.
Terdapat 8 pusat pengagihan dibuka iaitu 4 di Sabah dan 4 lagi di Sarawak yang telah diwujudkan dan sedang beroperasi untuk mengedarkan dekoder TV Digital myFreeview kepada golongan B40 tersebut.
Berikut adalah jadual pusat pengagihan set dekoder TV digital myFreeview di Sabah:-
Berikut pula adalah jadual pusat pengagihan set dekoder TV digital myFreeview di Sarawak:-
Orang ramai dinasihatkan untuk membawa bersama kad pengenalan bagi tujuan pengesahan. Bagi pengagihan semula dekoder yang gagal dihantar pada kali pertama, caj RM15 akan dikenakan bagi menampung kos penghantaran.
Selain itu, sekiranya anda ingin menyemak kelayakan untuk mendapatkan dekoder percuma, sila ikuti langkah-langkah berikut:
I. Melalui SMS: Taip MYTV (jarak) DEKODER (jarak) (nombor kad pengenalan anda) dan hantar ke 15888, atau
II. Layari: www.mytvbroadcasting.my/B40, atau
III. Hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan myFreeview di talian 1300-80-6988 atau 1800-18-1088
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, layari www.myFreeview.tv atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1800-18-1088 atau 1300-80-6988 daripada pukul 8.00 pagi sehingga 10:00 malam setiap hari, termasuk cuti umum. Permohonan set dekoder percuma untuk warga B40 yang layak juga boleh dibuat melalui e-mel ke [email protected].
Berkaitan
- Beli TV Samsung Bersaiz 98" Atau 77" Dan Terima Sero TV Berharga RM5,999 Secara Percuma
- Telefon "Mati" Tak Dapat Tunjuk Lesen Dan 'Road Tax Digital', Ini Jawapan JPJ
- Jom Sertai Rancangan Realiti TV Terbaru MOSTI, 'INNOVATHON' Dan Menang Hadiah RM1 Juta
- Kerajaan Umum Program Shop Malaysia Online, Geran Pendigitalan Sehingga RM5 Ribu
- Merekod Data Suhu Pelanggan Di Buku Atau Simpanan Digital Adalah Salah
- 'Jujutsu Kaisen' Dinobatkan Rancangan TV Animasi Paling Tinggi Permintaan Di Dunia
- Ini Senarai Harga Bagi Menggantikan Panel Skrin TV LED Dan QLED Samsung
- Talian Khidmat Pelanggan SKMM Sudah Kembali Beroperasi Seperti Biasa
- SKMM Mengesan Kualiti Perkhidmatan Kurier Semakin Menurun
- AEON Bank Menjadi Bank Digital Islam Pertama Di Malaysia