Volocopter Rancang Sediakan "Teksi Udara" Dalam Masa Lima Tahun Lagi

Acara CES2018 ibarat medan pertembungan nama-nama besar dalam mempamerkan keupayaan ciptaan mereka.

Sebelum ini, Intel pernah berjanji untuk tampil dengan kereta terbang pembawa penumpang (CEO Intel memanggilnya sebagai kereta terbang) dan syarikat itu menyatakan bahawa perkhidmatan itu akan hadir lebih cepat dari yang dijangkakan.

Pada Isnin yang lepas, Intel telah memperlihatkan Volocopter, sebuah dron pembawa penumpang yang mana penerbangan pertamanya telah dibuat pada 2013 dan sejak daripada itu, pelbagai penambahbaikan telah dibuat.

Selain penerbangan pertama dibuat di Jerman, ia juga telah melengkapkan penerbangan autonomi (tanpa juruterbang) di Dubai dengan bantuan teknologi GPS.

CEO Intel, Brian Krzanich membayangkan penggunaan ini semudah "Keluarkan telefon, buka aplikasi pengangkutan ini dan panggil perkhidmatan teksi udara".

Volocopter dihasilkan oleh syarikat dari Jerman disamping sistem dari Intel yang mempunyai 18 bilah kipas dan dikuasakan dengan 9 bateri untuk bekalan penerbangan dalam tempoh 30 minit.

Buat masa sekarang ia diterbangkan secara manual dan visi syarikat adalah menggunakan robot untuk mengoperasikannya pada masa hadapan. Syarikat juga meramalkan perkhidmatan teksi udara menggunakan dron ini akan hadir dalam jangkamasa lima tahun lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=tODIvUmH6cs

Sumber: Engadget

 

Berkaitan