Harga vivo V17 Kini Dikemaskini Kepada RM1299, Namun Storan Adalah Lebih Kecil

Ketika pelancaran vivo V17 Disember 2019 lalu, harga jualan peranti ini adalah RM1,699. Dengan pengenalan model baharu yang lebih baik harganya juga telah dikemaskini kepada RM1,499. Terkini, vivo Malaysia sekali lagi telah mengemaskini harga peranti ini kepada RM1,299.



Walau bagaimanapun, harga kemaskini ini datang dalam bentuk storan dalaman yang lebih kecil 128GB berbanding 256GB sebelum ini. Ini juga bermaksud vivo Malaysia tidak lagi menawarkan varian 256GB untuk model vivo V17 selepas-selepas ini.

Untuk spesifikasi, vivo V17 dijana oleh cip pemprosesan Snapdragon 675, skrin berukuran 6.44 inci Full HD+ AMOLED, RAM 8GB, 4 kamera belakang 48MP, dan bateri berkapasiti 4,500mAh.

vivo V17 dengan harga terkini ini sudah pun boleh dibeli bermula hari ini dalam 2 pilihan warna Admiral Blue dan Crystal White di laman rasmi vivo Malaysia.

Berkaitan