Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2020-09-24 at 6.10.10 PM

vivo V20 SE Rasmi Dilancarkan Dengan Harga Bermula RM 1,199

Diterbitkan September 24, 2020 · Dikemas kini September 24, 2020 oleh Amsyar Latif

Pada awal bulan lalu, vivo Malaysia telah mengumumkan peranti pintar terbaru mereka iaitu V20 SE yang merupakan peranti edisi istimewa dalam siri V yang memfokuskan “mobilegraphy”.

Hari ini, vivo Malaysia telah mengumumkan harga jualan rasmi untuk peranti ini yang harga bermula RM 1,199.

v20 SE 1

Peranti ini merupakan peranti kelas pertengahan. Ia dijanakan cip Snapdragon 665 dengan paparan 6.44 inci AMOLED. Pada bahagian hadapan, terdapat kamera swafoto dengan 32MP dan mempunyai ciri seperti peranti vivo lain iaitu Super Night Selfie.

Selain itu, ia dimuatkan dengan bateri berkapasiti sebesar 4,100mAh dengan pengecasan pantas 33W Flash Charge 2.0 yang memberikan ia dicas penuh dalam masa satu jam. Peranti ini hadir dengan RAM 8GB dan storan sebanyak 128GB.

V20 SE ini juga menjalankan antara muka vivo sendiri iaitu FunTouch OS 11. Pada bahagian belakang, terdapat tiga lensa dengan 48MP pada kamera utama, 8MP sensor ultra lebar dan 2MP lensa potret.

v20 SE Color

vivo menawarkan dua warna bagi vivo V20 SE iaitu Gravity Black dan Oxygen Blue dan boleh dibeli mulai hari ini. Bagi pelanggan yang membeli peranti ini dari 24 September hingga 2 Oktober, anda akan dapat hadiah eksklusif bernilai RM 199.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY