vivo V20 SE Akan Dilancar Hujung September Ini

vivo Malaysia kini mengesahkan V20 SE akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi. Menurut vivo, V20 SE merupakan edisi istimewa pertama dalam siri V, yang memfokuskan kepada "mobilegraphy".



vivo turut memperlihatkan rekaan peranti kelas pertengahan itu yang hadir dengan dua pilihan warna iaitu Gravity Black dan Oxygen Blue.

vivo V20 SE Malaysia

Menerusi imej yang dikongsikan, ia memperlihatkan peranti itu dengan paparan bertakuk yang menempatkan sensor kamera swafoto. Di bahagian belakang V20 SE dimuatkan dengan tetapan tiga kamera. Terdapat bicu audio 3.5mm, port pengecasan USB Type-C pada bahagian bawah peranti.

Dalam pada itu, vivo menyatakan V20 SE akan dilancarkan pada hujung September ini. Bagaimanapun, tidak didedahkan lebih lanjut mengenai tarikh pelancaran peranti ini. Dijangka lebih banyak maklumat akan didedahkan menjelang pelancaran tidak lama lagi.