vivo V19 Berharga RM 1699 Di Malaysia - Snapdragon 712, 4500mAh Dengan 33W

vivo V19 merupakan peranti terkini vivo yang merupakan model kelas pertengahan. Ia merupakan kemaskini kepada model vivo V17 sebelum ini. Di Malaysia, ia dijual pada harga RM 1,699.

vivo V19 ini merupakan peranti pertama yang hadir dengan dwi-lensa swafoto. Ia  berukuran 6.44 inci Super AMOLED dengan resolusi Full HD+ serta dilengkapi perlindungan kaca Corning Gorilla Glass.



Terdapat pengimbas cap jari di dalam skrin dengan teknologi optikal. 2 lensa swafoto pula diletakkan dalam skrin direka dalam bentuk punch-hole. Ia mempunyai 32 MP (f/2.1) sebagai lensa utama dan tambahan 8 MP (f/2.3) sudut lebar.

Peranti dijana oleh cip pemprosesan Snapdragon 712 dengan padanan 8GB/128GB UFS 2.1. Peranti juga turut mempunyai perisian khusus untuk permainan seperti Multi-Turbo 3.0 untuk peningkatan fps dan Ultra Game Mode.



Beralih ke bahagian belakang peranti, modul kamera memuatkan 4 lensa yang disusun berbentuk ‘L’. Konfigurasi kamera adalah 48 MP (f/1.8) utama + 8 MP (f/2.2) sudut lebar + 2 MP (f/2.4) makro + 2 MP (f/2.4) depth. Terdapat mod Super Night dan video Ultra Stable untuk kedua-dua bahagian kamera hadapan dan belakang sekaligus mengiyakan ura-ura sebelum ini.

Spesifikasi bateri peranti juga agak menarik. Ia dimuatkan dengan kapasiti 4,500mAh dan pengecasan pantas Flash Charge 2.0 33W melalui USB TypeC. Antara ciri-ciri lain peranti adalah bicu audio 3.5mm dan Bluetooth 5.0. Dari segi perisian, peranti menjalankan Funtouch OS 10 berasaskan Android 10.



Terdapat 2 pilihan warna yang dijual iaitu Sleek Silver dan Gleam Black. Setiap pembelian akan mendapat kotak percuma vivo bernilai RM 459, rebat RM 50, dan waranti 2 tahun.