Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo v17

Vivo V17 Rasmi Di Malaysia – Kuad Kamera Berbentuk L Berharga Rm1699

Diterbitkan Disember 17, 2019 oleh Meor Hasyim

Boleh kata berminggu-minggu juga peranti ini diacah, akhirnya vivo V17 dilancarkan juga secara rasmi di Malaysia. Rekaannya sedikit berbeza dengan v17 Pro serta mempunyai sedikit perbezaan spesifikasi dengan peranti tersebut.

vivo V17 hadir dengan rekaan lubang kamera 32MP yang diberi nama “Ultra O Screen” oleh vivo. Lubang itu dikatakan yang terkecil dalam industri. Skrin peranti bersaiz 6.44 inci FHD+ Super AMOLED dan mempunyai pengimbas cap jari di dalamnya.

Peranti dijana oleh Snapdragon 675 berserta 8GB RAM dan storan 256GB. Untuk kamera belakang, terdapat kuad kamera dengan 48MP (f/1.8) utama + 8MP (f/2.2) ultralebar + 2MP (f/2.4) makro + 2MP (f/2.4) depth. 

Bateri peranti dimuatkan sebanyak 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB–C. Untuk perisian, terdapat FunTouchOS 9.2 yang berasaskan Android 9 Pie. Peranti juga menyokong Bluetooth 5.0.Vivo V17 Rasmi Di Malaysia – Kuad Kamera Berbentuk L Berharga Rm1699

vivo V17 dijual pada harga RM1,699 dalam pilihan warna biru dan putih dan boleh dibeli bermula pada 21 Disember nanti.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY