Tampil Dengan Paparan Punch Hole, Vivo V17 Sudah Disahkan SIRIM

Vivo V17 Pro pertama kali mendarat secara rasmi di dalam pasaran Malaysia kira-kira dua bulan yang lalu. Nampaknya kini peranti tersebut tidak lagi bersendirian dimana model V17 pula akan dibawa masuk.

Menguatkan lagi perkhabaran ini adalah dengan pendedahan Vivo V17 sudah menerima pengesahana daripada SIRIM. Ia memberi bayang bahawa pelancaran untuk pasaran tempatan bakal dibuat tidak lama lagi.

vivo v17 sirim

Penawaran dari Vivo ini baru sahaja dilancarkan di India semalam dan ia membawakan spesifikasi seperti Snapdragon 675, RAM 8GB, storan 128GB, serta paparan Super AMOLED 6.44 inci.

Menambah keunikan pada peranti ini adalah kuad kamera belakang yang disusun seperti "L". Ia membariskan lensa 48MP+8MP+2MP+2MP. Tidak seperti versi Pro yang menggunakan kamera hadapan terangkat, skrin paparan V17 tampil dengan rekaan punch hole untuk menempatkan sensor 32MP.

vivo v17

V17 dibekalkan bersama bateri berkapisiti 4500 mAh dengan pengecasan 18W melalui port USB-C. Diramal akan hadir pada harga yang berpatutan, sama-sama kita nantikan maklumat selanjutnya daripada Vivo Malaysia.