vivo S9 Sah Akan Dilancarkan Pada Minggu Hadapan

vivo hari ini telah mengesahkan tarikh pelancaran bagi telefon siri vivo S iaitu vivo S9 pada 3 Mac 2021 di China.

Kali terakhir siri ini dikeluarkan adalah tahun lepas menerusi vivo S7e. Melalui penawaran kali ini, vivo akan memfokuskan teknologi kamera swafoto berbanding kamera utama pada bahagian belakang pada model terdahulu.

Berdasarkan spesifikasi daripada TENAA, vivo S9 akan hadir dengan dwi-kamera swafoto 44MP dan kamera utama belakang adalah 64MP. Turut dilengkapi paparan 6.44 inci AMOLED dengan kadar penyegaran 90Hz.



Spesifikasi lain, ia mungkin dijana cip MediaTek Dimensity 1100, RAM hingga 12GB, bateri 4000mAh dengan pengecasan pantas 33W serta menjalankan OriginOS berasaskan Android 11.



Terdapat juga laporan mengatakan vivo S9e akan dilancarkan dengan cip MediaTek Dimensity 820.

Dalam pada itu, bagi mempromosikan telefon ini, vivo melantik Lisa dari kumpulan Blackpink sebagai duta vivo S9.