Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo s7e

vivo S7e Diperkenal – Peranti Kelas Pertengahan Dengan 5G Dan Cip Dimensity 720

Diterbitkan November 5, 2020 ยท Dikemas kini November 5, 2020 oleh Amsyar Latif

vivo baru-baru ini rasmi mengumumkan peranti kelas pertengahan baharu mereka iaitu vivo S7e dimana hadir dengan cip MediaTek Dimensity 720 yang mempunyai sokongan rangkaian 5G.

vivo s7e 1

Peranti ini terbina dengan 8GB RAM dan storan 128GB. Dari segi paparan, ia hadir dengan panel AMOLED 6.44 inci (2400×1080) FHD+ serta kadar segar semula 60Hz.

Dengan kapasiti bateri 4100mAh yang dimuatkan pada peranti ini, ia turut menyokong pengecasan pantas 33W menggunakan USB-C. Mempunyai berat sekitar 171g, ia boleh dikatakan antara peranti 5G yang ringan.

Seperti peranti vivo siri S yang lain, semestinya ia memfokuskan kamera. Hadir dengan 32MP lensa swafoto dan pada bahagian belakang terletaknya 3 lensa – 64MP (utama), 8MP (sudut-lebar), 2MP (depth).

vivo s7e color 2
vivo s7e color 3
vivo s7e color 1

vivo S7e 5G ditawarkan dengan 3 warna iaitu Mirror Black, Phantom Blue dan Silver Moon. Harga belum diketahui dan mungkin vivo akan umum semasa 11 November nanti.

Seperti biasa, peranti dengan cip pemproses ini hanya untuk pasaran China buat masa kini dan tidak pasti sama ada akan hadir buat pasaran tempatan akan datang.

Sumber: sparrownews

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY