Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2023-08-02 at 12.04.49 PM

Penonton Konsert Taylor Swift Hasilkan Gegaran Menyamai Gempa Bumi 2.3 Magnitud

Diterbitkan Ogos 2, 2023 · Dikemas kini Ogos 2, 2023 oleh ariff bukhari

Konsert jelajah Taylor Swift “The Eras Tour” yang diadakan selama 2 malam bertempat di Padang Lumen Seattle telah menyebabkan aktiviti seismik yang bersamaan dengan kekuatan gempa bumi 2.3 magnitud.

Itu apa yang didapati oleh ahli seismologi bernama Jackie Caplan-Auerbach baru-baru ini. Beliau juga adalah seorang profesor yang bertugas di Universiti Western Washington.

Gegaran itu berpunca daripada penonton yang dianggarkan berjumlah 144,000 yang telah menghadiri konsert artis tersebut.

Gegaran itu dinamakan sebagai “Swift Quake” di mana ia telah dibandingkan dengan “Beast Quake” 2011 iaitu gegaran yang dihasilkan peminat sukan Bola Sepak Amerika, Seattle Seahawks dahulu.

Jackie Caplan-Auerbach mengesahkan bahawa isyarat seismik dari kedua-dua malam konsert adalah hampir sama, malah “Swift Quake” didapati 2 kali lebih kuat daripada “Beast Quake” kerana tempoh gegaran yang berpanjangan semasa konsert 10 jam itu.

Penonton Konsert Taylor Swift Hasilkan Gegaran Menyamai Gempa Bumi 2.3 Magnitud

“Perbezaan utama ialah tempoh gegaran. Bersorak selepas touchdown berlangsung hanya selama beberapa saat sahaja, kemudian ia hilang. Ia lebih rawak daripada konsert. Untuk Taylor Swift, saya mengumpul kira-kira 10 jam data di mana irama mengawal tingkah laku. Muzik, pembesar suara, rentak. Semua tenaga itu boleh memacu ke dalam tanah dan menggoncangnya.” Prof. Jackie Caplan-Auerbach.

Berkaitan

  • vivo Y78 5G Rasmi - Kamera 64MP OIS, Skrin OLED Lengkung Bawah RM1500
  • Huawei Beri Diskaun RM120 Untuk Pra-pesan 'HUAWEI WATCH FIT Special Edition'
  • Pek Bunyi Swedish House Mafia Kini Tiba Di Nothing Phone (1) Dan (2)

Sumber: CNN

(Elakkan kamera telefon pintar anda rosak dengan memasang pemegang telefon pintar anti gegran untuk motosikal dan basikal di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY