Vivo APEX 2020 Bakal Hadir Dengan 5-7.5X Zoom Optikal Dan 48MP Kamera Gimbal

Sekitar seminggu yang lepas, ura-ura mengatakan vivo siri APEX 2020 bakal hadir dengan Super FlashCharge 120W dimana peranti itu boleh penuh dalam masa 13 minit sahaja. Kini terdapat satu ciapan mengatakan bahawa siri APEX 2020 ini mempunyai keupayaan 5-7.5X zoom optikal dan 48MP kamera gimbal.

Dengan keupayaan 5-7.5X zoom optikal, gambar yang diambil dapat rakaman potret yang lebih baik. Selain itu, dengan kamera gimbal 48 MP juga ia dapat mengimbangi pergerakan ketika merakam gambar dan memastikan penghasilan yang stabil.

https://twitter.com/BenGeskin/status/1226307188123164672

Di dalam ciapan tersebut juga, ia memperlihatkan imej yang dikatakan vivo APEX 2020 yang akan dipertontonkan pada acara MWC 2020 di Barcelona. Dengan imej yang didedahkan itu menunjukkan bahawa vivo APEX 2020 turut sama berkongsi rupa dengan vivo NEX 3 yang dilancarkan pada tahun lepas. Vivo NEX 3 menampilkan reka bentuk bezel yang nipis dan skrin paparan ''Waterfall Fullview''.

Buat masa ini, tidak banyak maklumat yang didedahkan mengenai konsep APEX 2020. Sama-sama kita nantikan pada 23 dan 24 Februari ini.