Telefon pintar dengan bateri yang tahan lama merupakan salah satu perkara yang penting bagi pilihan pengguna. Ini kerana ia dapat memudahkan urusan seharian dan sebagainya. Baru-baru ini, ura-ura mengatakan siri APEX bagi peranti vivo yang akan datang, bakal hadir dengan Super FlashCharge 120W.
Pengecasan pantas 120W membolehkan peranti itu penuh dalam masa 13 minit sahaja. Menurut data dari ujian makmal, Super FlashCharge 120W memakan masa kira-kira lima minit dari 0 sehingga 50 peratus yang dipadankan dengan bateri 4000mAh.
Selain itu, Super FlashCharge juga akan mempunyai teknologi pengecasan yang baru iaitu port pengecasan Type-C dan Travel Charger. Buat masa ini, tidak banyak maklumat yang didedahkan mengenai konsep APEX 2020.
Rekaan konsep APEX 2020 akan dipertontonkan di MWC 2020. Acara itu akan diadakan di Barcelona bermula 23 sehingga 24 Februari 2020 nanti.