Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tiktok vietnam

Vietnam Akan Siasat TikTok, Dakwa Kandungan Di Sana Ancam Budaya Dan Moral

Posted on April 7, 2023

Kebelakangan ini, TikTok menerima banyak amaran daripada pelbagai negara. Terbaru, Kementerian Komunikasi dan Maklumat Vietnam mendakwa TikTok tidak bersungguh-sungguh dalam membanteras kandungan palsu dan toksik.

Justeru, memberi amaran pada media sosial itu bahawa kerajaan kelak boleh mengambil tindakan terhadap syarikat itu.

Kementerian juga merancang melakukan pemeriksaan “menyeluruh” ke atas perniagaan TikTok di negara itu pada bulan depan.

Tambah Le Quang Tu Do, pengurusan dan pengawasan yang lemah telah menyebabkan “berita palsu”, “menyeleweng” dan “antikerajaan” tersebar luas di TikTok lantas “mengancam dan  merosakkan budaya dan moral negara”.

Le Quang Tu Do ialah , Pengarah Bahagian Penyiaran, Televisyen dan Maklumat Elektronik dalam Kementerian Komunikasi Maklumat.

Bukan itu saja, malah pengurusan yang lemah di TikTok turut sama menyebabkan kandungan di sana melanggar hak harta intelek dan beroperasinya perniagaan haram, kata Le Quang Tu Do.

{suggest}

Di Vietnam, TikTok ialah media sosial ketiga paling popular pada suka tahun 2022, selepas Zalo dan Facebook.

Kalau ambil contoh di Malaysia, KKD juga telah berjumpa dengan wakil TikTok Malaysia untuk banteras kandungan dianggap berbahaya selepas PRU.

Sumber: Kementerian Komunikasi dan Maklumat Vietnam, Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress