Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Prometheus e-Fuel

(Video) Prometheus Berjaya Cipta Bahan Api Dari Udara Untuk Pacu AI

Diterbitkan September 11, 2025 · Dikemas kini September 11, 2025 oleh ariff bukhari

Syarikat Prometheus Fuels telah mencipta sejarah dengan mempersembahkan demonstrasi pertama di dunia yang menunjukkan kecerdasan buatan (AI) boleh dikuasakan sepenuhnya oleh bahan api cecair yang dihasilkan daripada udara dan tenaga suria.

Teknologi ini bukan sahaja bebas karbon, malah beroperasi sepenuhnya di luar grid elektrik tradisional.

Pencapaian ini sekali gus bakal menawarkan penyelesaian kepada permintaan tenaga untuk pusat data AI yang kian meningkat secara mendadak.

Ia dijangka akan menjadi alternatif baharu kepada grid elektrik sedia dan penyelesaian  kepada tenaga nuklear atau bateri jangka panjang yang lambat dan mahal untuk dilaksanakan.

“Kami menawarkan sumber tenaga baru untuk AI,” kata Rob McGinnis, pengasas dan CEO Prometheus.

Prometheus e-Fuel

Bahan api Prometheus ini menggunakan tenaga suria dan menangkap karbon dioksida terus dari udara untuk menghasilkan e-metanol, sejenis bahan api cecair yang boleh disimpan dan dihantar dengan mudah.

Ia juga boleh digunakan dalam turbin dan penjana tenaga sedia ada serta enyediakan kuasa 24/7 yang boleh dipercayai dan bebas karbon.

Kemudahan perintis Prometheus kini beroperasi dan menghasilkan bahan api ini pada skala besar.

Prometheus e-Fuel 1
Prometheus Fuel adalah sejenis bahan bakar metanol 99.9% tulen, neutral karbon yang secara molekulnya sama dengan metanol fosil, tetapi dibuat dari udara.

Prometheus berkata, projek ini pula boleh dibangunkan dalam masa kurang dua tahun tanpa keperluan sambungan grid, menjadikannya sesuai untuk lokasi terpencil.

Prometheus kini menerima tempahan untuk bahan api kuasakan AI melalui laman web mereka.

Malah, syarikat ini yang menerima sokongan pelabur utama seperti Maersk, BMW dan Y Combinator turut memakklumkan bahawa mereka bersedia untuk memperluaskan pengeluaran produk mereka ini secara global.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Tor Lancar Aplikasi VPN Khusus Untuk Telefon Pintar Android
  • Copilot Di Microsoft Edge Kini Dengan Pilihan GPT-5

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY