Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
(Video) Letusan Gunung Berapi Hunga Didapati Sejukkan Atmosfera

(Video) Letusan Gunung Berapi Hunga Didapati Sejukkan Atmosfera

Diterbitkan Disember 24, 2025 · Dikemas kini Disember 24, 2025 oleh ariff bukhari

Laporan berkaitan letusan gunung berapi Hunga yang telah berlaku pada 15 Januari 2022 di Tonga dahulu mendedahkan, kepulan asap dari letusan itu mencapai ketinggian 58 km hingga ke mesosfera, serta menyuntik kira-kira 150 teragram (150 juta tan) wap air ke dalam stratosfera.

Fenomena itu merupakan salah satu peristiwa geologi paling luar biasa dalam era pemerhatian satelit moden.

Dengan kekuatan Indeks Letusan Vulkanik (VEI) 6, ia menyamai magnitud letusan Pinatubo pada 1991, namun berbeza kerana berlaku di bawah laut cetek.

(Video) Letusan Gunung Berapi Hunga Didapati Sejukkan Atmosfera
Letusan Hunga Tonga-Hunga Ha’apai pada 15 Januari 2022, menyebabkan banyak kesan, beberapa ditunjukkan di sini, yang dirasai di seluruh dunia dan bahkan ke angkasa. Beberapa kesan tersebut, seperti angin yang melampau dan arus elektrik yang luar biasa diperhatikan oleh misi ICON NASA dan Swarm ESA (Agensi Angkasa Eropah). Kredit: Pusat Penerbangan Angkasa Goddard NASA/Mary Pat Hrybyk-Keith

Interaksi magma dengan air laut meningkatkan daya letupan tetapi pada masa sama mengurangkan pelepasan sulfur dioksida ke atmosfera.

Kesan langsungnya, letusan Hunga telah meningkatkan beban air stratosfera global kira-kira 10%, dan kebanyakan wap air ini kekal di stratosfera sehingga 2025.

Tidak seperti letusan besar lain yang menyebabkan pemanasan stratosfera akibat aerosol sulfur, Hunga telah menyebabkan penyejukan stratosfera antara 0.5–1°C kerana wap air melepaskan haba ke angkasa.

Namun, kesan di permukaan bumi amat kecil, hanya sekitar 0.05°C.

Sulfur yang biasanya mencetuskan kesan iklim turut terperangkap oleh air laut, menjadikan kesan aerosol lebih rendah.

Kajian juga mendapati tiada kesan besar terhadap lubang ozon Antartika atau ozon Artik.

Walau bagaimanapun, perubahan ozon di Hemisfera Selatan tetap diperhatikan.

Insiden Hunga telah membuka perspektif baharu di mana penemuan ini membuktikan letusan gung berapi yang kaya dengan air boleh memberi kesan berbeza terhadap iklim dan ozon, sekaligus mengubah cara saintis memahami hubungan antara gunung berapi dan perubahan iklim.

Berkaitan

  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • Pengguna Android Disyor Aktifkan 6 Ciri Keselamatan Tambahan Ini
  • Hidrogen Didapati Turut Menyumbang Kepada Pemanasan Global

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY