Huawei P30 Pro merupakan peranti yang dipuji oleh peminat gajet kerana ia adalah mempunyai kemampuan fotografi yang cemerlang. Sejak dari model P9 lagi, siri P menjadi platform untuk Huawei mempertontonkan kehebatan fotografi. Jadi, sebagai model seterusnya untuk tahun 2020 ini, Huawei dijadualkan akan melancarkan pula siri Huawei P40 pada 26 Mac 2020.

IKLAN

Dari segi perkakas dan spesifikasi kamera yang akan digunakan, telah muncul beberapa maklumat mengenainya. Untuk Huawei P40 Pro ia akan menggunakan 5 lensa kamera belakang.

  • 52MP utama Sony IMX700 “Hexadeca Bayer” bersaiz 1/1.28″ RYYB
  • 40MP sudut lebar cine camera Sony IMX650 bersaiz 1/1.5″
  • Lensa periskop 10x zum optikal
  • Lensa telefoto 3x zum optikal
  • Lensa ToF

Antara sensor tambahan lain adalah sensor warna yang digunakan sebagai bantuan kepada lensa-lensa lain untuk meningkatkan kualiti imej. Seperkara yang agak menarik untuk dinyatakan adalah kedua-dua sensor untuk lensa utama dan lensa sudut lebar menggunakan saiz fizikal yang sangat besar untuk sesebuah peranti pintar setakat ini.

Sebelum ini, pada Mate 30 Pro dan P30 Pro, Huawei memuatkan sensor bersaiz 1/1.7″ yang pada ketika itu sangat besar jika dibandingkan dengan pesaing mereka. Dengan saiz yang lagi besar 1/1.28″, sudah tentu lensa utamanya akan lebih cemerlang dalam penerimaan cahaya terutamanya ketika malam dan gelap.

IKLAN

Lensa sudut lebar juga pun sama menerima naik taraf yang banyak. Saiz sensornya 1/1.5″ lebih besar dari lensa utama Mate 30 Pro sebelum ini.

Buat masa ini, status spesifikasi ini masih lagi berada pada tahap ura-ura. Maklumat lebih jelas dan sahih mengenai peranti ini mungkin akan kita dengar menjelang pelancarannya nanti hujung bulan ini.

IKLAN

Sumber: Rodent950