video acah siri wandavision

Di majlis anugerah Emmys baru-baru ini, video acah siri WandaVision, diperlihatkan buat pertama kali. Siri ini juga menjadi siri TV Marvel pertama yang akan hadir di Disney Plus.

Ia bermula dengan tema hitam-putih seakan-akan sitkom 1950-an yang menampilkan Scarlet Witch (Elizabeth Olsen) dan Vision (Paul Bettany). Video itu kemudian menjadi lebih berwarna dan menarik.

WandaVision adalah siri TV yang berlangsung di Marvel Cinematic Universe, yang disusun selepas Avenger’s: Endgame (2019). Vision secara teknikal mati semasa peristiwa Avenger’s: Infinity War di tangan Thanos, dan tidak jelas apa sebenarnya yang membawanya kembali untuk siri ini.

IKLAN

Walaupun video acah itu tidak menyatakan tarikh pelancaran siri tersebut, Disney sebelum ini mengumumkan WandaVision bakal hadir ke Disney Plus pada bulan Disember. The Falcon dan the Winter Soldier pada awalnya dijadualkan tayangan pada bulan Ogos, namun ditangguhkan disebabkan coronavirus. Siri Marvel lain yang bakal ada di Disney Plus termasuklah Loki dan Hawkeye.

Bukan hanya rancangan TV Marvel yang mengalami penangguhan, keseluruhan rakaman filemnya juga berubah kerana wabak itu. Black Widow yang dijadualkan tayangannya pada bulan Mei telah ditangguhkan ke bulan November. Filem lain termasuk Doctor Strange in the Multiverse of MadnessThor: Love and Thunder, dan filem ketiga Spider-Man juga menghadapi masalah yang sama.

Sementara itu, anda boleh saksikan video acah siri TV Marvel WandaVision yang bakal ditayangkan di Disney Plus pada bulan Disember nanti.

Sumber: Den of Geek & Polygon

Baca lagi: Penggambaran ‘The Batman’ Kini Disambung Semula Di U.K.