Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Video Acah Siri ‘WandaVision’ Diperlihatkan Buat Pertama Kali

Video Acah Siri ‘WandaVision’ Diperlihatkan Buat Pertama Kali

Diterbitkan September 22, 2020 oleh Nadiah Ab

video acah siri wandavision

Di majlis anugerah Emmys baru-baru ini, video acah siri WandaVision, diperlihatkan buat pertama kali. Siri ini juga menjadi siri TV Marvel pertama yang akan hadir di Disney Plus.

Ia bermula dengan tema hitam-putih seakan-akan sitkom 1950-an yang menampilkan Scarlet Witch (Elizabeth Olsen) dan Vision (Paul Bettany). Video itu kemudian menjadi lebih berwarna dan menarik.

WandaVision adalah siri TV yang berlangsung di Marvel Cinematic Universe, yang disusun selepas Avenger’s: Endgame (2019). Vision secara teknikal mati semasa peristiwa Avenger’s: Infinity War di tangan Thanos, dan tidak jelas apa sebenarnya yang membawanya kembali untuk siri ini.

Walaupun video acah itu tidak menyatakan tarikh pelancaran siri tersebut, Disney sebelum ini mengumumkan WandaVision bakal hadir ke Disney Plus pada bulan Disember. The Falcon dan the Winter Soldier pada awalnya dijadualkan tayangan pada bulan Ogos, namun ditangguhkan disebabkan coronavirus. Siri Marvel lain yang bakal ada di Disney Plus termasuklah Loki dan Hawkeye.

Bukan hanya rancangan TV Marvel yang mengalami penangguhan, keseluruhan rakaman filemnya juga berubah kerana wabak itu. Black Widow yang dijadualkan tayangannya pada bulan Mei telah ditangguhkan ke bulan November. Filem lain termasuk Doctor Strange in the Multiverse of Madness, Thor: Love and Thunder, dan filem ketiga Spider-Man juga menghadapi masalah yang sama.

Sementara itu, anda boleh saksikan video acah siri TV Marvel WandaVision yang bakal ditayangkan di Disney Plus pada bulan Disember nanti.

Sumber: Den of Geek & Polygon

Baca lagi: Penggambaran ‘The Batman’ Kini Disambung Semula Di U.K.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY