Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Vaksin Covid-19

Vaksin COVID-19 Keluaran Pfizer Belum Diluluskan KKM

Diterbitkan Disember 20, 2020 oleh ariff bukhari

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa Kerajaan Malaysia bakal menerima 12.8 juta bekalan dos vaksin COVID-19 daripada syarikat farmaseutikal Pfizer.

Pemilihan vaksin COVID-19 dari keluaran syarikat antarabangsa itu adalah berdasarkan kepada laporan interim ujian klinikal yang menunjukkan keberkesanan vaksin itu adalah 95 peratus dalam mencegah jangkitan wabak tersebut.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, laporan keberkesanan vaksin itu telah diterbitkan di The New England Journal of Medicine pada 10 Disember lalu.

Malah katanya lagi kerajaan turut mendapat akses data untuk menilai kualiti, keselamatan dan tahap keberkesanan vaksin itu.

Sehingga kini, vaksin COVID-19 dari Pfizer telah mendapat Emergency Use Authorization daripada tujuh negara termasuklah United Kingdom, Amerika Syarikat, Bahrain, Kanada, Arab Saudi, Mexico dan Singapura.

Sungguhpun begitu sepertimana yang ditegaskan oleh Kerajaan Malaysia sebelum ini, keputusan pembelian akhir serta penggunaan vaksin itu di Malaysia adalah masih tertakluk kepada pendaftaran dan kelulusan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pihak NPRA akan meneliti dan menganalisa dengan melihat aspek-aspek utama khususnya kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin tersebut sebelum diluluskan penggunaannya di Malaysia.

Sumber: MOSTI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY