Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UTM Perkenal Inovasi Baru Teknologi Kesan Cap Jari

UTM Perkenal Inovasi Baru Teknologi Kesan Cap Jari

Diterbitkan Mac 13, 2026 oleh ariff bukhari

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerusi Fakulti Sains UTM telah memperkenalkan inovasi baharu dalam bidang forensik.

Dikenali sebagai Reagen Berasaskan Nano-Bio atau Nano-Bio Reagent (NBR), ia adalah teknologi pengesanan cap jari berkonsep hijau yang memanfaatkan enzim lipase dan digabungkan dengan bahan nano-biologi.

Penyelidikan ini dipelopori oleh Prof. Madya ChM. Dr. Roswanira Abdul Wahab, pensyarah di Fakulti Sains UTM yang turut tersenarai dalam kelompok Saintis Terbaik 2% Dunia oleh Stanford-Elsevier.

UTM Perkenal Inovasi Baru Teknologi Kesan Cap Jari
Prof. Madya ChM. Dr. Roswanira Abdul Wahab, pensyarah Fakulti Sains, UTM.

Kaedah ini menawarkan alternatif yang lebih selamat dan mesra alam berbanding reagen kimia tradisional yang lazimnya bersifat toksik serta berisiko kepada kesihatan dan alam sekitar.

Lipase bertindak sebagai biosensor yang mengesan minyak semula jadi pada cap jari, manakala nanopartikel karbon memberikan kontras yang jelas untuk menghasilkan imej cap jari berkualiti tinggi.

“Dalam bahasa mudah, lipase bertindak seperti pengesan khas yang hanya mencari dan melekat pada minyak cap jari, bukan pada permukaan lain,” Prof. Madya ChM. Dr. Roswanira Abdul Wahab.

UTM Perkenal Inovasi Baru Teknologi Kesan Cap Jari
Produk NBR yang digunakan dalam bentuk semburan bagi pengesanan cap jari.

Keistimewaan NBR ialah keupayaannya mengesan cap jari pada permukaan bukan berliang seperti kaca, termasuk bukti yang telah direndam dalam air sehingga 30 hari.

Selain itu, formulasi NBR turut boleh diubah suai dalam bentuk serbuk bagi kegunaan pada permukaan berliang seperti kertas dan kayu.

Malah proses visualisasi juga lebih pantas, sekitar dua minit sahaja.

UTM Perkenal Inovasi Baru Teknologi Kesan Cap Jari
Hasil visualisasi cap jari menggunakan NBR yang jelas dan terperinci.

Dari sudut peluasan skala aplikasi, potensi NBR tidak terhad kepada Malaysia sahaja.

Teknologi ini berupaya diketengahkan di peringkat antarabangsa sebagai penyelesaian forensik yang mesra alam dan berprestasi tinggi.

Namun, cabaran utama ialah penerimaan komuniti forensik yang masih bergantung kepada kaedah konvensional.

UTM berharap inovasi ini dapat dikembangkan secara global sebagai penyelesaian hijau dalam pengesanan cap jari.

Berkaitan

  • Pensyarah UM Perkenal Teknologi Pintar Simpan Hidrogen Pepejal Lebih Selamat
  • Kenali Saintis Malaysia Yang Namanya Diabadikan Pada Spesis Baharu Parasit Ikan Kap
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 3 Headphone ANC Bawah RM100
  • Kos DRAM Dan Storan SSD Kini Sumbang Hampir 40% Harga Sebuah PC
  • NEXAL Rasmi Dilancarkan Di Malaysia, Perkenal Tablet NEXAL Pad Berharga RM1,099
  • MyDigital ID Nafi Guna Teknologi Blockchain Pihak Ketiga
  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
  • CMF Perkenal Speaker S Dan Speaker M, Bateri Sehingga 18 Jam
  • COROS PACE 4 Pro Dilancar 21 Oktober Ini, Skrin Lebih Besar, Bateri Tahan Lama
  • Pengguna Nothing Mula Terima Kemas Kini Nothing OS 5.0
©2026 WISER.MY