Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MILDEF UTM UPNM

UTM Dan UPNM Kini Terlibat Dalam Pembangunan Teknologi Pertahanan Negara

Diterbitkan Ogos 26, 2025 · Dikemas kini Ogos 26, 2025 oleh ariff bukhari

MILDEF International Technologies Sdn Bhd (MILDEF) telah mencatat sejarah dengan perasmian Kilang Pembuatan Kenderaan Perisai bernilai RM2 bilion di Sendayan Techvalley, Negeri Sembilan yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Kilang berteknologi tinggi ini dijangka siap pada suku pertama 2026 dan bakal menjadikan Negeri Sembilan sebagai hab utama industri pertahanan negara, mengurangkan kebergantungan kepada import.

MILDEF UTM UPNM 1

Dalam majlis yang sama turut menyaksikan pemeteraian MoU antara MILDEF, UTM dan UPNM.

MILDEF dalam kenyatannya berkata, kerjasama dengan UTM akan memberi tumpuan kepada pembangunan teknikal, latihan industri, penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi pertahanan, pembangunan program akademik berorientasikan industri, program pensijilan profesional serta A-TVET, selain memperkukuh penglibatan industri melalui jaringan strategik jangka panjang.

Sementara itu, kerjasama dengan UPNM pula adalah berteraskan ketenteraan, dengan fokus kepada penyelidikan pertahanan, pembangunan Military Standard Malaysia (MIL-STD-MY), pembangunan modal insan pertahanan, serta penubuhan Pusat Penyelidikan Bersama MILDEF–UPNM sebagai hab inovasi pertahanan negara.

MILDEF UTM UPNM 2

Perdana Menteri menegaskan bahawa kejayaan ini membuktikan kemampuan syarikat tempatan menerajui industri pertahanan dan pentingnya kerjasama kerajaan, industri dan akademik.

Pengarah Urusan MILDEF, Dato’ Sri Mohd Nizam bin Kasa, menyifatkan kilang ini sebagai lambang semangat perjuangan anak tempatan.

Dengan perasmian ini, MILDEF memperkukuh peranannya sebagai peneraju pertahanan tempatan serta meningkatkan kedudukan Malaysia dalam arena pertahanan serantau.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • (Video) Pelajar UiTM Hasilkan 41 Karya Animasi Membanggakan
  • UTHM Antara 6 Universiti Lahirkan Bakat Siber Negara

Sumber: MILDEF

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
  • Cara Aktifkan 'Emergency Contact' Pada iPhone Dan Android
  • Cara Mengosongkan Storan Google Tanpa Kehilangan Gambar Dan Video Penting
  • Siri HUAWEI nova 16s Bakal Tiba Di Malaysia 19 November Ini
  • UPSI Bangunkan Aplikasi Jejak Pergerakan Bas Universiti Untuk Kemudahan Pelajar
  • Malaysia Melonjak Ke Tangga 27 Dalam Indeks Digital Dan AI Global 2026
  • Cara 'Refund' Baki Duit Kad Touch 'n Go Yang Dah 'Expired'
  • Kerajaan Pertimbang Lanjut Tempoh Program Rebat Solar SuRIA Home
©2026 WISER.MY