Menyusuli pengumuman Snapdragon 855 Plus, ASUS turut sama menghadirkan berita baik untuk peminat yang menanti ASUS ROG Phone 2. Model generasi kedua tersebut telah dinyatakan bakal dilengkapi dengan cip pemprosesan terbaru dari Qualcomm itu. Diberikan beberapa tambah baik seperti peningkatan CPU dari 2.84GHz kepada 2.96GHz bagi teras “Prime”, bahagian grafik melalui Adreno 640 juga menjanjikan…
Kategori: Utama
Kenapa Kami Pilih Mi 9T Sebagai Model Terbaik Kelas Pertengahan Setakat Ini
Siapa tidak kenal dengan Xiaomi, setiap kali pelancaran dibuat ada saja kejutan yang dilakukan. Ambil contoh tahun lalu, dengan bersahaja mereka memperkenalkan Pocophone F1, sub-jenama yang dilengkapi dengan cip pemprosesan idaman ramai ketika itu, Snapdragon 845. Tak cukup dengan itu, Xiaomi sekali lagi menarik perhatian ramai dengan kemunculan Mi 9, dikuasakan dengan cip Snapdragon 855…
Perbezaan Antara Nintendo Switch Dan Nintendo Switch Lite Yang Baru Diumumkan
Setelah membiarkan peminat berteka-teki untuk beberapa ketika, Nintendo akhirnya hadir mengumumkan model alternatif kepada Nintendo Switch, dikenali sebagai Nintendo Switch Lite. Ia tampil lebih kecil dan selain perbezaan ketara melibatkan saiz, ia turut membuang keupayaan mencabut panel butang pengawal, Joy-Con dengan rekaan butang yang disekalikan pada badan konsol. Apa lagi perbezaan antara Nintendo Switch Lite…
Jenama Lejen Ini Janjikan Kemaskini Android Lebih Pantas Untuk Anda
Kalau ditanya kepada mana-mana pengguna Android, adakah kemaskini Android itu penting? Masing-masing pasti akan memberi jawapan “penting”. Ada juga yang tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu langsung mengenai kemaskini. “Asalkan boleh buat call, balas mesej sudahlah”. Perkara sebegini sememangnya tak harus berlaku kerana kita sekarang berada dizaman teknologi yang terdedah kepada bermacam-macam risiko. Melalui…
Usaha Malaysia Tingkatkan Sektor Telekomunikasi Diiktiraf Bank Dunia
Slogan “Gandakan kelajuan pada separuh harga” kerap kali disebut-sebut dalam pasaran telekomunikasi dalam negara masa kini. Ia memperlihatkan keinginan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang diterajui YB Gobind Singh Deo supaya perkhidmatan tersebut dapat dinikmati rakyat pada harga yang lebih berbaloi. Sejak pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian pada tahun lalu, pengguna telah ditawarkan…
TNB Rancang Tawar Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Di Negeri Perak
Mula terlibat dalam projek rintis internet berkelajuan tinggi (NFCP) yang berjalan di beberapa lokasi di Melaka, Tenaga Nasional Berhad kini dilaporkan mahu meluaskan lagi penawarannya itu ke utara tanah air. Difahamkan, TNB telah menghantar cadangan mengenai perkara itu kepada kerajaan Negeri Perak dan hasil keputusan akan dimuktamadkan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu lagi. Selain memberikan…
