USB-IF Umum Nama Bagi Piawaian USB 3.2

Bagi menambah baik penawaran sedia ada, USB Implementers Forum (USB-IF), telah tampil mengumumkan tiga nama piawaian bagi USB 3.2.

  • USB 3.2 Gen 2 x2 (SuperSpeed USB 20 Gbps)

    • Sebelum ini dikenali sebagai USB 3.2, spesifikasi terbaru yang pantas dengan menjanjikan kelajuan menghampiri 20Gbps.



  • USB 3.2 Gen 2 (SuperSpeed USB 10Gbps)

    • Awalnya dikenali sebagai USB 3.1 dan kemudiannya USB 3.1 Gen 2. Kelajuan sehingga 10Gbps.



  • USB 3.2 Gen 1 (SuperSpeed USB)

    • Pada asalnya dikenali sebagai USB 3.0, dan ditukar kepada USB 3.1 Gen 1. Kelajuan penghantaran data sehingga 5Gbps.




Dengan penamaan ini, istilah USB 3.1 tidak lagi digunakan. Untuk tujuan komersial dan lebih mudah difahami, USB-IF turut menyertakan nama SuperSpeed USB 20Gbps, SuperSpeed USB 10Gbps, dan SuperSpeed USB.

Piawaian ini hanya terpakai untuk kelajuan pemindahan data dan bukan jenis penyambungan. Ini bermaksud, USB Type A, mikroUSB dan USB akan menikmati piawaian diatas. Difahamkan, ketika ini hanya USB-C sahaja yang menyokong USB 3.2 Gen 2 x2.

Sumber: The Verge