Antara ciri utama yang ditunggu-tunggu pada model iPhone 12 tahun ini adalah kadar segar semula tinggi 120Hz.
Namun, kelihatannya teknologi ini tidak akan tiba dan peminat Apple mungkin terpaksa menunggu tahun yang akan mendatang untuk menikmatinya.
Berita ini diperolehi dari penganalisis Ross Young yang mengatakan pada keluarga iPhone 12 terbaharu kelak tiada komponen 120Hz padanya.
Our sources indicate no 120Hz hardware on new iPhones. You need 120Hz driver ICs.
— Ross Young (@DSCCRoss) August 4, 2020
Untuk mengaktifkan ciri 120Hz, peranti memerlukan litar bersepadu dengan pemacu 120hz, namun sumbernya mengatakan tiada komponen berkenaan model iPhone 12.
Berita lain dari Apple Hub pula mengatakan iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max tidak akan dilengkapi ciri 120Hz. Sedangkan paparan kedua-kedua model tersebut mempunyai kemampuan untuk mengaktifkan ciri tersebut.
Although the iPhone 12 Pro and iPhone 12 Pro Max will ship with 120Hz capable displays, the feature will be disabled. After failing various tests, the iPhone 12 Pro models will not feature 120Hz ProMotion pic.twitter.com/WEm2SI12MP
— Apple Hub (@theapplehub) August 10, 2020
Pun begitu, kami tidak pasti sumber asal Apple Hub kerana maklumat yang sedikit berbeza dengan laporan dari Ross Young.
Ini adalah kerana Ross Young melaporkan tiada komponen 120Hz pada iPhone 12 yang terbaharu namun Apple Hub melaporkan iPhone 12 Pro ada komponen 120Hz, cuma dinyah aktif disebabkan tidak mencapai piawaian ditetapkan oleh Apple sendiri.
Dengan kadar segar semula lebih tinggi 120Hz, iPhone 12 akan lebih kompetitif untuk dijual dalam pasaran peranti mercu premium. Ia akan menjadikan paparan lebih lancar untuk ditatal dan dilihat memberikan pengalaman baharu untuk pengguna dan juga peminat iPhone.
Namun, dengan ketiadaan ciri 120Hz ini, adakah ia bakal menggugat kemahuan anda untuk memiliki iPhone 12 kelak?
Peranti ini akan dilancarkan sekitar Oktober tahun ini. Apple akan hadir dengan 4 model di bawah siri iPhone 12 iaitu iPhone 12, iPhone 12 Max, iPhone 12 Pro, dan iPhone 12 Max Pro.
Sumber: Ross Young, Apple Hub