Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
featured image huawei ecosystem_2

Ura-Ura GMS Akan Kembali Ke Telefon Huawei Adalah Palsu

Diterbitkan Ogos 4, 2025 · Dikemas kini Ogos 4, 2025 oleh ariff bukhari

Tular satu imej bocor mendakwa Google akan kembali menawarkan aplikasi dan perkhidmatan Google Mobile Services (GMS) di China bermula 1 September 2025, termasuk untuk peranti Huawei.

Perkhidmatan Mudah Alih Google (GMS) adalah kumpulan aplikasi dan API Google yang membantu menyokong fungsi merentasi peranti.

Aplikasi-aplikasi ini tersedia pasang dalam telefon Android  yang menyokong GMS.

Khabar ini sekali gus mencetuskan harapan dalam kalangan pengguna Huawei yang tidak lagi mendapat akses rasmi ke GMS akibat sekatan AS.

Ura-Ura GMS Akan Kembali Ke Telefon Huawei Adalah Palsu

Namun, rupa-rupanya, mesej yang kononnya diumumkan oleh pihak Google itu sebenarnya adalah berita palsu.

Google China dengan pantas telah bertindak menafikan khabar itu di platform Weibo dengan menyatakan bahawa maklumat tersebut palsu.

“Kami perasan tentang tangkapan skrin mengenai Google China yang muncul di Internet dan media sosial petang ini, maklumat ini bukan daripada Google dan ia adalah tidak benar.”

Walau tanpa GMS dan berdepan sekatan AS, Huawei terus menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila kembali mendominasi pasaran telefon pintar di China dan semakin menonjol di pasaran global melalui cip dan sistem operasi HarmonyOS yang dibangunkan mereka sendiri.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • iPad Akan Terima Perisian 3D Popular Percuma Ini Terlebih Dulu
  • Teknik Baru Penggodam Bolehkan Telefon Android Digodam Sekelip Mata

Sumber: Huawei Central

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY