Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Unifi Sambung Lagi Penawaran Sepanjang Tempoh Lanjutan PKP

Unifi Sambung Lagi Penawaran Sepanjang Tempoh Lanjutan PKP

Diterbitkan Mac 26, 2020 ยท Dikemas kini Mac 27, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Berikutan lanjutan tempoh PKP yang telah diumumkan semalam, unifi akan meneruskan kesemua tawaran yang telah ditawarkan sebelum ini sehingga 14 April 2020. Antaranya adalah, unifi memberi akses percuma data tanpa had bagi pelan prabayar #BEBAS dan 999GB hotspot bagi pelanggan pascabayar.

unifi

unifi tv

Selain itu, pelanggan juga dapat menikmati saluran TV percuma dan potongan sebanyak 20% bagi pembelian Video-on-demand. Bagi membantu perniagaan para peniaga yang terjejas dengan pelaksanaan ini, unifi memberikan jalan penyelesaian kepada mereka agar perniagaan tersebut kekal produktif.

Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) boleh memanfaatkan pas hotspot LTE 999GB percuma untuk kekal berhubung dengan pekerja dan sebagainya. Mereka juga boleh menggunakan G Suite untuk mencipta dokumen dan Zoom untuk panggilan video.

Pelanggan PKS akan diberikan akses percuma ke platform Digital Marketing Solutions. Platform ini memberikan pengguna akses kepada alatan pemasaran digital seperti Instaweb, Google Ads dan Facebook Ads. Pelanggan berpeluang menikmati diskaun sehingga 20% apabila mereka melanggan. Bagi yang berminat, anda boleh layari Yellow Pages untuk keterangan lanjut.

Di samping itu, perniagaan yang ingin mendapatkan sokongan kewangan juga boleh berbincang dengan rakan usahasama unifi iaitu SME Bank dan RHB Bank. Kedua-dua bank tersebut boleh mengeluarkan dana sehingga RM 1 juta kepada setiap syarikat dan menyediakan moratorium bagi pembiayaan semula sehingga enam bulan.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY