Unifi Kini Menawarkan Pelan Jalur Lebar Fiber 800Mbps Dan 500Mbps, Harga Bermula RM249 Sebulan

Sebelum ini penyedia internet Unifi hanya hadir dengan kelajuan maksimum 300Mbps. Untuk anda yang mahukan lebih kelajuan, mereka kini hadir dengan 2 penawaran pelan lebih pantas iaitu 500Mbps dan 800Mbps.



 

Harga yang ditawarkan 800Mbps adalah pada RM349 manakala 500Mbps pula pada RM249 sebulan.

Untuk kelajuan muat naik pula, kedua-dua pelan menawarkan kelajuan pada 200Mbps.

Pelanggan yang melanggan pelan ini juga akan menerima percuma mesh Wi-Fi dari jenama TP-Link Deco M9 secara percuma dan juga unifi Plus Box.

Tambahan maklumat, penawaran kedua-dua pelan ini adalah berasaskan kontrak 24 bulan.

Selain itu, harga promosi RM349 dan RM249 itu juga hanya sahih selama 24 bulan pertama. Selepas itu, anda perlu membayar harga penuh iaitu RM409 dan RM309 masing-masing.

Sebelum ini pelan 800Mbps dan 500Mbps sudah pun ada namun hanya diberi kepada pelanggan yang mengikuti naik taraf unifi Turbo.

Untuk anda yang berminat, boleh ke pautan rasmi unifi di sini.

Promosi untuk pendaftaran baru, pihak CitySME (pengedar sah TM Broadband) ada menjalankan promosi menarik untuk pelan:

  • 30Mbps

    • Percuma TV 42 inci (bernilai RM1000) atau Pek ultimate dan set kotak unifi TV (bernilai RM900)

    • Akses kesemua saluran premium unifi Play TV (sehingga 2 peranti)



  • 100Mbps

    • Percuma TV 42 inci (bernilai RM1000) atau Pek ultimate dan set kotak unifi TV (bernilai RM900)

    • Akses kesemua saluran premium unifi Play TV (sehingga 2 peranti)

    • Percuma 600 minit panggilan suara



  • 300Mbps

    • Percuma TV 42 inci (bernilai RM1000) atau Pek ultimate dan set kotak unifi TV (bernilai RM900)

    • Akses kesemua saluran premium unifi Play TV (sehingga 2 peranti)

    • Percuma 600 minit panggilan suara




Kesemua ini akan disertakan secara percuma sekiranya anda adalah pelanggan baru. Promosi ini bakal tamat pada 31 Ogos 2020. Pendaftaran boleh dilakukan pada pautan ini.