Unifi 100Mbps Tetap Kekal Pada Harga RM129 Selepas Tempoh 2 Tahun

Rentetan daripada isu kenaikan harga langganan pakej unifi 100Mbps selepas tempoh dua tahun, semalam, pihak TM telahpun mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

Menerusi platform media sosial rasmi, TM menjelaskan bahawa harga langganan bulanan untuk pakej unifi 100Mbps akan kekal pada nilai RM129 walaupun sesudah kontrak 2 tahun tamat.





Dalam kenyataan tersebut, pihak TM memohon maaf dan kini bahagian FAQ itu telah dikemaskini.