Undang-Undang Keselamatan Data Dalam Proses Penambahbaikan

Pindaan undang-undang keselamatan data sedia ada dijangka akan dibentang tahun hadapan. 


Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan, Kerajaan Malaysia sedang menambah baik undang-undang berkaitan keselamatan yang data sedia ada bagi diperkukuh dan diperketatkan lagi selaras dengan cabaran serta ancaman siber yang dihadapi rakyat ketika ini.

Ia dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobin Sigh Deo ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 bagi pihak kementeriannya di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Dalam perbahasannya itu memaklumkan, sudah tiba masanya undang-undang keselamatan data yang telah diguna pakai sejak 2010 diperbaiki.



Beliau menambah, penambahbaikan ini dilihat amat diperlukan sebagai tindakan susulan ke atas insiden penggodaman sistem pembayaran dalam talian, portal e-pay milik Universiti Malaya (UM) yang berlaku baru-baru ini.

Malah penambahbaikan juga bersesuaian dengan perkembangan teknologi baharu sebagai satu daripada usaha menjamin keselamatan data pengguna.

Mengulas lanjut, beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya kini dalam proses mengkaji undang-undang sedia ada supaya satu undang-undang pindaan baharu dapat dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang selewat-lewatnya antara Mac atau Mei tahun hadapan.

Sumber: Bernama

Berkaitan