Ikuti kami di media sosial

Berita

Unbox Therapy Menafikan Menciplak Rekaan Pelindung Peranti Dari PITAKA

irfan suhaimee

Ditulis

pada

Baru-baru ini timbul kontroversi mengenai pelindung peranti yang dikeluarkan oleh pengulas gajet terkenal iaitu Unbox Therapy. Pelindung peranti yang dinamakan “Latercase” itu dikatakan telah menciplak rekaan syarikat pelindung peranti terkenal iaitu PITAKA.

Berikutan pelancaran “Latercase” dari Unbox Therapy, CEO PITAKA iaitu James Zheng telah memuatnaik beberapa Tweet di akaun Twitter miliknya mengatakan pengulas gajet terkenal itu meniru rekaan pelindung peranti milik syarikatnya.

Zheng juga meminta permohonan maaf dari Unbox Therapy berikutan isu ini di dalam akaun Twitter miliknya.

-- Iklan --

Zhen juga telah mengatakan bahawa Lew pernah membuat ulasan mengenai pelindung peranti PITAKA dan telah memadam beberapa video tersebut sebelum pelancaran “Latercase”.

“Latercase” Dikatakan Sama Dengan Pelindung Peranti Murah Yang Dijual Di Ali Baba?

Menurut Front Tech Page, hasil penelitiannya mendapati bahawa “Latercase” mempunyai sedikit perbezaan dengan pelindung peranti yang dikeluarkan PITAKA. Namun, ia mempunyai persamaan denga pelindung peranti murah yang dijual di laman Ali Baba.

Hal ini turut disokong oleh beberapa netizen dengan memuatnaik status di Twitter mengatakan Latercase mempunyai persamaan dengan pelindung peranti murah di Ali Baba.

Respon Unbox Therapy Mengenai Isu Ini

Lew akhirnya menjawab isu ini dengan di Twitter dengan menegaskan bahawa beliau tidak membelinya di Ali Baba. Menurutnya lagi, pelindung peranti keluarannya itu dihasilkan di sebuah kilang.

Lew juga turut memuatnaik satu video bagi menjawab isu ini di akaun Youtube LewLater dan menjelaskan perkara yang sama.

Kredit : LewLater

Namun begitu, Zheng telah mengatakan Lew telah berbohong kepada 15 juta orang penonton mengenai video berkenaan.

Lew sekali lagi menjawab isu ini pada sebuah video terbarunya di akaun Unbox Therapy dengan mengatakan bahawa beliau telah diserang secara peribadi. Beliau juga berulang kali menyebut bahawa Latercase dihasilkan di sebuah kilang dan beliau juga membuat perbandingan antara Latercase dengan pelindung peranti jenama lain.

Kredit : Unbox Therapy

Kontroversi yang melanda Lew dan PITAKA dilihat semakin rancak dan dilihat masih belum ada penyelesaiannya. Jika dilihat pada isu ini, ia sebenarnya menguntungkan kedua belah pihak kerana secara tidak langsung menjadi promosi bagi produk mereka.

Sumber : Unbox Therapy, Lew Later, Reclaim The Net

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular