Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Unbox Therapy Buka Kotak Kesemua Model iPhone 11 Dengan Gaya Unik

Unbox Therapy Buka Kotak Kesemua Model iPhone 11 Dengan Gaya Unik

Diterbitkan September 25, 2019 ยท Dikemas kini September 26, 2019 oleh irfan suhaimee

Video unboxing tanpa sepatah suara

Pengulas gadget terkenal, Unbox Therapy mungkin tidak asing lagi bagi para peminat gadget terutamanya peminat telefon pintar. Seperti biasa, setiap tahun, Unbox Therapy akan menyah kotak kesemua model dan warna Iphone yang keluar pada tahun itu.

Unbox Therapy Buka Kotak Kesemua Model iPhone 11 Dengan Gaya Unik

Jika dilihat sebelum ini, beliau merupakan seorang pengulas yang sentiasa memberi komen yang agak keras jika beliau tidak berpuas hati dengan sesuatu peranti dan beliau seringkali mengkritik Iphone kerana tanda harga yang terlalu mahal dan tiada pengecasan pantas di dalam kotak.

Baru-baru ini beliau telah memuatnaik satu video yang unik di mana beliau membuat nyah kotak bagi siri Iphone 11.

Apa yang menjadikannya unik, apabila beliau tidak bercakap walau sepatah perkataan di dalam video tersebut dan membuat ekspresi muka yang menunjukkan ketidakpuasan hati beliau mengenai siri Iphone 11 ini.

Unbox Therapy Buka Kotak Kesemua Model iPhone 11 Dengan Gaya Unik

Sewaktu beliau menyah-kotak siri Iphone 11, beliau dilihat menunjukkan reaksi kecewa ketika memegang pengecasan 5W di dalam kotak Iphone 11.

Mungkin kerana kekecewaan beliau terhadap Apple kerana hanya membekalkan pengecasan 5W di dalam kotak Iphone 11 yang bermula dengan tanda harga RM3,399 sedangkan peranti lain yang berharga bawah RM1,000 dibekalkan dengan pengecasan yang lebih pantas.

Unbox Therapy Buka Kotak Kesemua Model iPhone 11 Dengan Gaya Unik

Seterusnya, beliau dilihat juga kecewa ketika membuka kotak Iphone 11 Pro Max apabila masih dibekalkan dengan kabel pengecasan “USB Lightning” dan tidak menyertakan kabel USB Type C untuk peranti yang bermula tanda harga RM 4,899 dan RM 5,299.

Unbox Therapy Buka Kotak Kesemua Model iPhone 11 Dengan Gaya Unik

Pada minit terakhir video tersebut, beliau dilihat memilih Iphone 11 Pro Max Midnight Green mungkin sebagai peranti hariannya.

Jelas sekali warna ini menambat hati ramai pengguna di seluruh dunia termasuklah Unbox Therapy sendiri.

Anda boleh menonton video penuh di sini:

Sumber: Unbox Therapy

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY