Unbox Therapy Buka Kotak Kesemua Model iPhone 11 Dengan Gaya Unik

Video unboxing tanpa sepatah suara

Pengulas gadget terkenal, Unbox Therapy mungkin tidak asing lagi bagi para peminat gadget terutamanya peminat telefon pintar. Seperti biasa, setiap tahun, Unbox Therapy akan menyah kotak kesemua model dan warna Iphone yang keluar pada tahun itu.



Jika dilihat sebelum ini, beliau merupakan seorang pengulas yang sentiasa memberi komen yang agak keras jika beliau tidak berpuas hati dengan sesuatu peranti dan beliau seringkali mengkritik Iphone kerana tanda harga yang terlalu mahal dan tiada pengecasan pantas di dalam kotak.

Baru-baru ini beliau telah memuatnaik satu video yang unik di mana beliau membuat nyah kotak bagi siri Iphone 11.

Apa yang menjadikannya unik, apabila beliau tidak bercakap walau sepatah perkataan di dalam video tersebut dan membuat ekspresi muka yang menunjukkan ketidakpuasan hati beliau mengenai siri Iphone 11 ini.



Sewaktu beliau menyah-kotak siri Iphone 11, beliau dilihat menunjukkan reaksi kecewa ketika memegang pengecasan 5W di dalam kotak Iphone 11.

Mungkin kerana kekecewaan beliau terhadap Apple kerana hanya membekalkan pengecasan 5W di dalam kotak Iphone 11 yang bermula dengan tanda harga RM3,399 sedangkan peranti lain yang berharga bawah RM1,000 dibekalkan dengan pengecasan yang lebih pantas.



Seterusnya, beliau dilihat juga kecewa ketika membuka kotak Iphone 11 Pro Max apabila masih dibekalkan dengan kabel pengecasan "USB Lightning" dan tidak menyertakan kabel USB Type C untuk peranti yang bermula tanda harga RM 4,899 dan RM 5,299.



Pada minit terakhir video tersebut, beliau dilihat memilih Iphone 11 Pro Max Midnight Green mungkin sebagai peranti hariannya.

Jelas sekali warna ini menambat hati ramai pengguna di seluruh dunia termasuklah Unbox Therapy sendiri.

Anda boleh menonton video penuh di sini:

https://www.youtube.com/watch?v=_a4HmYFGY1s

Sumber: Unbox Therapy