Ditawarkan pada harga promosi untuk tempoh terhad, Tronsmart Element T6 Plus mungkin pembesar suara yang patut anda miliki. Ini merupakan ulasan kami setelah menggunakannya sejak beberapa hari yang lalu.
Dimulakan dengan spesifikasi, Tronsmart Element T6 Plus dihasilkan dengan reka bentuk yang selesa dan mudah dibawa kemana-mana sahaja. Kawalan untuk pelaras bunyi dilakukan dengan cara putaran pada tombol diatas. Tombol itu juga tidak terhad melaras kuat perlahan audio malah apabila ditekan, fungsi Play/Pause mengambil alih. Tekan lebih kurang tiga saat, ia akan mengakifkan pembantu maya pada telefon pintar seperti Google Assistant. Sambungan kepada peranti dibuat menerusi Bluetooth 5.0.
Beralih kebahagian sisi pembesar suara silinder ini, butang kawalan terletak berbaris yang memudahkan anda untuk main audio sebelum/selepas, True Wireless Stereo (TWS) menyambungkan dua pembesar suara yang sama (bunyi 3D stereo lebih baik), EQ bagi kesan muzik (Vocal, 3D Deep Bass dan Extra Bass), serta butang kuasa. Dibawah sekali terdapat 4 jenis port sambungan terdiri daripada Auxiliary Port, USB-C, USB, serta slot untuk kad memori TF.
Tronsmart Element T6 Plus kemas dibaluti dengan tekstur sulaman benang serta cahaya biru mengelilingi tombol kawalan, menampakkan lagi sisi premium peranti ini. Dari segi prestasi yang diberikan, pembesar suara ini didatangkan dengan teknologi SoundPulse yang menyampaikan output maksimum 40W bagi bunyi bass lebih mendalam dan vokal lebih jelas.
Ubah kesan bunyi audio dibuat mudah dengan menekan butang EQ kerana secara default, ia akan menetapkannya pada Vocal. Tekan saja satu atau dua kali untuk bunyi bass yang anda rasakan enak ditelinga.
Melayan persembahan Japanese Philharmonic Orchestra bergandingan bersama petikan gitar Yngwie Malmsteen mampu menggamit jiwa dipetang hari. Belum lagi "dibantai" dengan lagu-lagu dendangan As Blood Runs Black, Iron Maiden, Incubus dan seangkatan dengannya. Bagi pembesar suara mudah alih seberat 670g ini, audio yang disampaikan tidaklah menghampakan.
Selain menghiburkan anda, Tronsmart Element T6 Plus juga boleh membantu anda ketika mana telefon pintar dihujung nyawa. Melalui port USB yang disediakan ia boleh berkongsi kuasa pada peranti anda. Dimuatkan dengan bateri 6600mAh pengecasan penuh mengambil masa 3 -5 jam. Dengan bateri yang penuh, ia mampu memainkan muzik terus menerus sehingga 15 jam tetapi berdasarkan tahap kelantangan bunyi yang dimainkan. Menguatkan lagi penawaran pada Tronsmart Element T6 Plus adalah ciri tahan percikan air IPX6.
Secara keseluruhannya anda boleh dapatkan bunyi yang lantang, rekaan ringkas tetapi masih kelihatan premium, mudah dibawa dan paling penting anda boleh dapatkannya pada harga promosi RM279 (harga asal RM359) bermula hari ini, 30 Ogos 2019 sehingga 8 September 2019. Jadi jika anda betul-betul berminat untuk memilikinya, boleh dapatkan Tronsmart Element T6 Plus dari Lazada.
Berkaitan
- Giliran Huawei Nova 4 Pula Masuk Malaysia - Mula Dijual Pada 14 Februari Depan
- Mi Malaysia Adakan Promosi Istimewa Bersama Lazada 11 November Ini
- HONOR 9X Kini Rasmi Di Malaysia, Dijual Pada Harga RM999
- realme 6 Pro Sudah Rasmi Di Malaysia, Dijual Pada Harga RM1399
- realme GT3 Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM2799
- IPhone 6s Plus Menerima Potongan Sehingga RM700 Bagi Variasi 32GB Dan 128GB
- Telekom Malaysia Akan Tawar Unifi 30Mbps Pada Harga Dibawah RM100
- Black Shark 3 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Hujung Bulan Ini
- OPPO Reno Muncul Secara Rasmi Di Malaysia, Harga Jualan RM1999
- realme Book Akan Mula Dijual Di Malaysia Dengan Harga RM2499 Pada 27 Ogos Depan