(Ulasan) HUAWEI Freebuds Pro 2 - Bunyi Sedap, Harga Keras

Untuk tahun ini, HUAWEI menawarkan sebuah fon telinga terbaru generasi kedua iaitu HUAWEI Freebuds Pro 2 selepas melancarkan Freebuds Pro generasi pertama pada Oktober 2020 dahulu.

Istimewanya Freebuds Pro 2 ini adalah ia dibangunkan HUAWEI dengan kerjasama dengan syarikat audio terkemuka Devialet.

Kelebihan


Anda boleh memilih tetapan audio terbaik ketika mendengar muzik kesukaan anda hanya dengan memilih kesan audio Devialet yang tersedia untuk anda menerusi aplikasi HUAWEI AI Life.



Menyambungkan dan melakukan tetapan untuk fon telinga ini dengan telefon pintar adalah amat mudah dibuat menerusi aplikasi HUAWEI AI Life yang boleh dimuat turun untuk telefon pintar Android, iOS dan telefon pintar HUAWEI dengan HarmonyOS.



Menerusi aplikasi ini, ia memudahkan anda mengakses dan menetapkan segala ciri yang ada pada fon telinga ini.

Dari aspek kualiti bunyi dan penawaran ciri, HUAWEI Freebuds Pro 2 adalah antara fon telinga terbaik yang ada di pasaran ketika.

Malah dengan sokongan audio beresolusi tinggi, kualiti audio yang dihasilkan dari fon telinga ini tidak perlu dipertikaikan lagi kerana ia cukup kaya dengan kekuatan bass dan perincian bunyi yang teliti.

Ciri pembatalan hingarnya juga cukup baik dengan sebanyak 4 pilihan mengikut kesesuaian persekitaran iatu Dynamic, Cozy, General dan Ultra.



{suggest}

Kekurangan


Secara peribadi, penulis kurang berkenan dengan warna yang digunakan pada peranti fon telinga ini kerana penulis berpendapat ia terlalu bersinar menyilaukan mata.

Tetapi bagi anda yang berminat dengan tema warna sebegini, ia bukanlah masalah kepada anda.

Kapsyen: HUAWEI Freebuds Pro 2 di tawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu Silver Blue,Silver Frost dan Ceramic White.


Tetapi isu bateri pastinya memberi kekecewaan kerana sepanjang menguji fon telinga ini, Freebuds Pro 2 hanhya mampu bertahan kurang dari 4 jam sahaja.

Jadi, ketahanan bateri Freebuds Pro 2 ini adalah mengecewakan kerana ia tidak dapat digunakan dalam tempoh masa yang lama.

Sebagai contoh, jika anda berada dalam penerbangan yang lama atau perjalanan darat seperti di dalam keretapi atau bas, ia sedikit menganggu.

Namun begitu, kelebihan Freebuds Pro 2 ini pula adalah masa untuk mengecas penuh baterinya adalah begitu pantas iaitu kurang dari 20 minit sahaja.

Kesimpulan


Selepas lebih 2 minggu menguji HUAWEI Freebuds Pro 2 ini, penulis boleh simpulkan bahawa ini adalah antara fon telinga terbaik yang berada di pasaran ketika ini.

Ia ringan dan selesa dipakai untuk tempoh yang lama tanpa menyakitkan lubang telinga.



Malah audio yang dihasilkan walaupun dibuka pada tahap maksimum tidak akan menyakitkan gegendang telinga anda.

Tetapan audio dari Devialet melengkapkan lagi kualiti bunyi yang dihasilkan fon telinga ini.

Cuma sedikit mengecewakan adalah ketahanan baterinya yang hanya mampu bertahan kurang dari 4 jam dengan pengaktifan ciri pembatalan hingar.

Harga rasmi bagi HUAWEI Freebuds Pro 2 ini berharga RM899. Tetapi bermula dari 25 Ogos sehingga 11 September ini, anda boleh mendapatkan fon telinga ini hanya pada harga RM799 sahaja.

Beli HUAWEI Freebuds Pro 2 di:-

Shopee - https://invle.co/cldcoyq

Lazada - https://invol.co/cldcozx