Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PUBG Mobile v0.8.0 Tampilkan Peta, Kenderaan Baharu

Iraq Pula Haramkan Fortnite & PUBG Di Peringkat Nasional

Diterbitkan April 19, 2019 oleh Haikel Areff

Masih lagi dengan berita pengharaman aplikasi oleh kerajaan sesebuah negara. Selepas Nepal, kerajaan Iraq pula telah bersetuju untuk mengharamkan PUBG untuk dimainkan di negara mereka.

Bukan itu sahaja, mereka turut menyertakan pesaing utama PUBG, Fortnite dalam pengumuman pengharaman berkenaan.

Menurut sumber, keputusan itu dibuat atas alasan permainan terlibat memberikan kesan negatif kepada kesihatan, budaya dan keselamatan masyarakat di negara mereka, terutama golongan muda dan kanak-kanak.

Iraq Pula Haramkan Fortnite & PUBG Di Peringkat Nasional
MakeUseOf

Seperti kebanyakan kawasan lain, keputusan ini juga menerima reaksi berbeza daripada masyarakat. Ada yang menyokong dan ada yang menentang.

Bagi yang menentang, mereka berpendapat kerajaan mereka perlu memfokuskan kepada perkara lebih mustahak seperti pembangunan infrastruktur berbanding dua permainan video ini.

Nampaknya, semakin banyak negara mula memandang serius tentang permainan video dan mengaitkan mereka dengan kesan-kesan negatif.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda setuju permainan video membawa banyak keburukan kepada para pemain? Nyatakan pandangan anda di ruangan komen nanti.

 

Sumber: PCGamer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY