Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ukraine Tuduh Rusia Serang Loji Nuklear Terbesar Di Eropah, U.N Beri Amaran ‘Kamu Bermain Dengan Api’

Ukraine Tuduh Rusia Serang Loji Nuklear Terbesar Di Eropah, U.N Beri Amaran ‘Kamu Bermain Dengan Api’

Diterbitkan November 21, 2022 oleh ariff bukhari

Loji janakuasa nuklear Zaporizhzhia di Ukraine yang dikawal Russia dilaporkan telah diserang bertalu-talu.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengecam serangan tersebut dan berkata ‘kamu bermain dengan api’.

“Letupan berlaku di tapak loji kuasa nuklear utama ini yang sama sekali tidak boleh diterima. Sesiapa yang berada di belakang ini, ia mesti berhenti serta-merta. Seperti yang saya katakan berkali-kali sebelum ini, anda bermain dengan api!” Rafael Grossi, Ketua IAEA.

Ukraine Tuduh Rusia Serang Loji Nuklear Terbesar Di Eropah, U.N Beri Amaran ‘Kamu Bermain Dengan Api’

Rajah di atas menunjukkan salah satu bangunan yang menempat reaktor nuklear di loji tersebut.

Serangan sebelum ini telah pun mengakibatkan bekalan elektrik terputus.

Terdapat sebanyak 6 reaktor nuklear rekaan Soviet VVER-1000 V-320 penyejukkan air yang mengandungi Uranium 235 di dalam loji nuklear tersebut.

Berkaitan

  • India Ikut Jejak Langkah EU, Cadang Untuk Seragamkan Port Pengecasan Peranti
  • Berkuat Kuasa Serta Merta, Semua Bangunan Pejabat Twitter Ditutup Sementara Waktu
  • SuperGPS Beri Ketepatan Lokasi Sehingga 10cm

Walaupun reaktor tersebut telah ditutup, tetapi masih wujud risiko bahan api nuklear itu boleh menjadi terlalu panas jika tenaga bagi sistem penyejukannya terputus.

Firma tenaga nuklear Ukraine, Energoatom menuduh tentera Rusia membedil tapak itu dan berkata terdapat sekurang-kurangnya 12 serangan terhadap infrastruktur loji tersebut.

Mereka mendakwa Rusia mensasarkan infrastruktur yang diperlukan untuk memulakan semula bahagian loji itu dalam usaha untuk mengehadkan lagi bekalan kuasa Ukraine.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY