Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dragonfire Night Shot

UK Bangunkan Laser “DragonFire” Untuk Jatuhkan Dron Musuh

Diterbitkan November 24, 2025 · Dikemas kini November 24, 2025 oleh ariff bukhari

Kerajaan UK telah menandatangani kontrak bernilai £316 juta (~ RM1.93 bilion) dengan syarikat pertahanan MBDA UK untuk membangunkan dan memasang senjata laser berkuasa tinggi pertama Royal Navy yang dikenali sebagai DragonFire.

Senjata ini berjaya menembak jatuh dron berkelajuan tinggi dalam ujian terbaru, menjadikannya pencapaian sulung di UK.

Berbeza dengan senjata anti dron yang dimiliki mereka ketika ini seperti Peluru berpandu Sea Viper dan senjata 30mm HMS Diamond yang digunakan untuk memusnahkan dron, DragonFire menawarkan kelebihan kos.

UK Bangunkan Laser “DragonFire” Untuk Jatuhkan Dron Musuh

Untuk setiap tembakan DragonFire, ia hanya menelan kos sekitar £10 (~RM61) sahaja berbanding lebih £1 juta (~RM6.1 juta) bagi peluru berpandu Sea Viper.

Malah, tembakan laser ini juga sangat tepat di mana oa mampu mengenai syiling £1 pada jarak satu kilometer.

Sistem ini dijangka dipasang pada kapal pemusnah Type 45 dalam tempoh dua tahun, lima tahun lebih awal daripada jadual asal.

Selain meningkatkan keupayaan pertahanan, projek ini akan mewujudkan atau mengekalkan hampir 600 pekerjaan di seluruh UK.

DragonFire bakal menjadi senjata laser berkuasa tinggi pertama yang beroperasi di Eropah, sekali gus menempatkan Royal Navy di barisan hadapan inovasi NATO.

Berkaitan

  • Hitachi Vantara Lancar Sistem Storan Baharu Bagi Pusat Data Malaysia
  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • 12 Aset Utama NASA Diguna Bagi Dedah Rupa Sebenar Komet 'Interstellar' 3I/ATLAS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY