Apple sebelum ini telah memakai rekaan gunting pada papan kekunci MacBook sehinggalah pada tahun 2015 mereka menukarnya dengan rekaan 'butterfly'. Namun, selain tidak rekaan yang tidak boleh diharap, bunyi hasil taipan papan kekunci 'butterfly' ini juga agak kuat.
Jadi, dengan pengenalan MacBook Pro 16 inci baharu tahun ini, Apple memasarkan pengalaman menaip padanya sebagai "boleh diharap, selesa, dan senyap". Untuk mengetahuui sejauh mana tahap kesenyapan menaip yang ditawarkan pada model MacBook Pro 16 inci ini, sebuah ujian menaip telah dibandingkan dengan model-model laptop lain seperti MacBook Air 2018, MacBook Pro 2015, Microsoft Surface Laptop 3, Dell XPS 13 serta Google Pixelbook Go.
Ujian ini telah dijalankan oleh jurnalis Wall Street Journal, Joanna Stern dalam sebuah bilik senyap di Cooper Union, sebuah kolej seni, kejuruteraan dan senibina di bandar New York. Bilik senyap ini menyerap bunyi jadi hanya bunyi yang terhasil dari objek dalam bilik tersebut sahaja yang kedengaran.
Hasil ujian tersebut adalah:
- Mesin taip – 60.2 dB
- MacBook Air 2018 dengan rekaan 'butterfly' – 41.9 dB
- Microsoft Surface Laptop 3 – 33.8 dB
- Dell XPS 13 – 32.3 dB
- MacBook Pro 2015 – 31.2 dB
- MacBook Pro 16 inci dengan ‘Magic Keyboard’ – 30.3 dB
- Google Pixelbook Go – 30.1 dB
Ujian menaip pada laptop-laptop tersebut mendapati prestasi menaip yang agak senyap pada MacBook Pro 16 inci baharu itu. Yang paling senyap adalah Google Pixelbook Go. Untuk makluman, Pixelbook Go mempunyai kemampuan menaip sangat senyap dengan papan kekunci Ultra Quiet Hush Keys.
Secara tidak langsung, ujian ini menunjukkan Apple terbukti telah menaiktaraf dan memperbaiki kelemahan pengalaman menaip pada model sebelum ini pada MacBook Pro 16 inci.
Sumber: Wall Street Journey
Berkaitan
- #KitaBantuKita - Program Jimat Belanja Kerjasama Lazada Dan TNG Digital Untuk Pemulihan Covid-19
- Huawei Matebook X Pro Diumumkan Dengan Cip Intel Gen-10 Terkini
- Tablet Dengan Rangkaian 5G, Huawei MatePad Pro 5G Dijual Berharga RM3299 Di Malaysia
- Huawei Malaysia Bekerjasama Dengan Aladdin Group Untuk Bangunkan Platform Sosial Dagang Berfokuskan Produk Halal
- Vivo V17 Rasmi Di Malaysia - Kuad Kamera Berbentuk L Berharga Rm1699
- iPhone 11 Pro Edisi Terhad Disaluti Emas Diperkenalkan - Harga Hanya RM291,865
- Realme X50 Pro 5G Disahkan Akan Guna Skrin 90Hz Super AMOLED
- Sony Memperkenalkan Alpha 1 - Mirrorless Full Frame Professional Dengan Sensor 50MP
- Siri iPhone 12 Dan 12 Pro Mula Dijual Di Malaysia Pada 13 November, Pra-Tempahan Pada 6 November
- vivo Jelaskan Mengapa X50 Pro+ Tidak Dilengkapi Dengan Kamera Gimbal Seperti X50 Pro