Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MEASAT-3d Satellite

Ujian MEASAT-3d Berjaya, Kini Sudah Beroperasi Lebih Awal Dari Jadual

Diterbitkan Julai 23, 2022 oleh ariff bukhari

MEASAT Global Berhad (MEASAT) memaklumkan, satelit terbaru negara iaitu MEASAT-3d sudah pun memasuki operasi komersilnya lebih awal dari yang dijadualkan selepas ujian di dalam orbitnya berjaya dilaksanakan.

Kawalan ke atas satelit itu juga sudah pun diserahkan kepada pihak MEASAT oleh Airbus Defence and Space (“Airbus”).

MEASAT-3d merupakan satelit ke-8 negara yang telah dilancarkan ke orbit Bumi pada 23 Jun 2022 lalu.

MEASAT-3d menyertai satelit MEASAT-3a dan MEASAT-3b di hotslot 91.5°E yang menyediakan peningkatan dan lebihan kapasiti untuk perkhidmatan DTH Astro, serta perkhidmatan penyiaran, telekomunikasi dan akan meningkatkan kelajuan jalur lebar internet pelanggan daripada 30 Mbps sehingga 100 Mbps.

Satelit baharu Malaysia itu dianggarkan berharga RM1.2 bilion dengan jangka hayat operasi sehingga 18 tahun akan menyokong Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dalam konteks penawaran liputan meluas dan pengalaman jalur lebar lebih baik kepada seluruh Keluarga Malaysia.

Sumber: MEASAT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY