Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ujian COVID-19 Guna Air Liur Dilancar, Akan Bermula 1 Mac Ini

Ujian COVID-19 Guna Air Liur Dilancar, Akan Bermula 1 Mac Ini

Diterbitkan Februari 26, 2021 · Dikemas kini Februari 26, 2021 oleh Amsyar Latif

Awal bulan lalu MyEG telah merancang untuk menggunakan ujian saringan COVID-19 berdasarkan sampel air liur. Semalam, ia tampil mengumumkan bahawa ujian saringan tersebut bakal dijalankan di Malaysia bermula 1 Mac ini.

Inisiatif tersebut dijalankan dengan kerjasama penyedia saringan kesihatan BP Healthcare. Tambahan, ujian ini juga adalah lebih pantas, mampu milik dan selesa kerana pengambilan sampel itu boleh dilakukan di rumah atau tempat kerja.

Pengguna yang ingin melakukan ujian saringan air liur ini, anda boleh layari portal MyEG bagi membuat tempahan pengambilan sampel oleh kakitangan MyEG.

Ujian COVID-19 Guna Air Liur Dilancar, Akan Bermula 1 Mac Ini

Selain itu, cas sebanyak RM150 dikenakan bagi setiap ujian yang dilakukan tidak termasuk cas penghantaran yang mana berbeza mengikut kawasan.

Setelah sampel diambil, ia akan diproses di rangkaian makmal BP Healthcare. Kemudian, keputusan ujian akan siap seawal hari bekerja yang berikutnya di aplikasi MyQR oleh MyEG.

Buat makluman, Malaysia menjadi negara kedua yang memperkenalkan kit itu selain Filipina bagi mempercepatkan dan meningkatkan saringan COVID-19.

Sumber: Siaran Akhbar MyEG

Foto utama: CBN

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY